Saturday 4 April 2015

Aku Wanita tak Sempurna

Assalamualaikum....

Malam nie, aku tak dapat melelapkan mata lagi. Seperti biasa, aku akan mula berfikir tentang kehidupanku. Nasibku, dugaan yang aku tempuhi, kerjaya aku, keadaan diriku, kekuatan yang aku rasa sekarang adalah penipuan semata-mata. Aku mengaku, aku tak sekuat orang lain. Ya...juju bukan wanita yang kuat. Tapi, dengan adanya dia disamping aku, aku rasa disayangi, dihargai. Seolah-olah aku dihidupkan kembali.  Diberi peluang kedua menjalani kehidupan seperti biasa.

Tetapi, memori yang lalu antara aku dan dia, menjadikan aku tak percaya pada diri sendiri. Aku dibelenggung perasaan ini. Ya, perasaan yang sukar digambarkan. Sukar dijelaskan. Aku merasakan, akulah manusia yang paling tak sempurna, paling kerdil, paling hodoh, paling hina. Ya Allah, mengapakah perasaan ini semakin  menikam hati, semakin menyiksakan jiwa, semakin mendesak dada?  Adakah aku tidak layak untuk bahagia? Aku tak dapat menjawab soalan itu. Aku rimas. Soalan yang diaju adalah sama. Tetapi jawapan yang dicari tetap tiada.

Aku juga sering memasang angan untuk membina istana yang sangat cantik, dihiasi pokok-pokok bunga yang berwarna-warni.  Kupu-kupu dan rama-rama yang berterbangan. Kucing-kucing comel yang bermain dan mempunyai karenah tersendiri. Dia sebagai raja dan aku sebagai permaisuri. Biarpun istana kami hanyalah pondok kecil, aku tahu bahagiaku ada disitu. Dia mampu. Aku yakin. Cukuplah akad dan janji setia antara aku dan dia. Andai yang terjadi tak sama dengan ketentuan hati, tak sama seperti anganku, aku redha ketetapan Ilahi. Aku redha. Biarlah masa menentukan segalanya. Aku cuma mampu doakannya bahagia, walaupun jika pilihannya bukan aku.

*kepada seseorang yang istimewa buatku itu, terima kasih kerana bersama-sama ketika aku senang dan susah, memimpin tanganku mengharungi jalan yang berliku. Tidak pernah mengeluh melayan emosiku. Tidak pernah berputus asa untuk membahagiakanku. Inn shaa Allah, Allah sudah pun mengatur jodoh yang terbaik buatku.  :)

No comments:

Post a Comment