Saturday 28 February 2015

Temuduga Pembantu Tadbir Lembaga Lebuhraya Malaysia

Assalamualaikum wbt...

Hari ini saya nak bercerita pula pengalaman saya ditemuduga jawatan Pembantu Tadbir N17 di LLM tempoh hari...seperti didalam surat tawaran, saya dikehendaki hadir pada pukul 8pagi...disebabkan hp nie waze tak berapa nak betul, saya gerak pada pukul 6setengah pagi dari Gombak. Jauh juga LLM nie sebenarnya,  dekat Kajang...Dari Gombak ke Kajang melalui Lebuhraya Utara Selatan...disebabkan bangunan nie tepi jalan, so daripada jauh saya dah nampak...datang temuduga pon seperti biase, berseorangan...hidup always lonely.

Selepas sesi berdaftar, pegawai yang bertugas mengarahkan saya untuk tidak mempamerkan sijil ijazah yang ada..katanya memohon jawatan spm, tidak perlu menunjukkan ijazah...sebab kemungkinan besar, saya lah orang pertama yang mereka suruh balik...huhu memang benar... setelah sampai giliran, saya pon masuk..amboi, ramainya penemuduga..jawatan 3 aje yang kosong, penemuduga 6 orang, seorang je lelaki...yang ditemuduga penuh bilik mesyuarat tue..huhu setelah memberi salam dan memperkenalkan diri saya ditanya:

Penemuduga: Dari mana kamu datang dan ceritakan pengalaman bekerja sebelum ini.
Saya : bla bla bla
Penemuduga: Berapa tahun dah tinggal belajar? 
Saya: bla bla bla
Penemuduga: Kenapa berhenti bekerja
Saya: bla bla bla
Penemuduga: Berdasarkan keputusan spm, saya dapat agak kamu pelajar pintar. Selepas spm, kamu sambung belajarkan?  
Saya: Ye saya tuan. Saya mengambil ijazah sains (ayo tak dapat nak selindung, hahaha)
Penemuduga: Berapa CGPA kamu
Saya: bla bla bla
Penemuduga: Keputusan kamu sangat bagus..kamu tak rasa rugi ke tak ambil jawatan ijazah?  Tak rasa rugi ke kalau diberi peluang bekerja kamu tak akan ad kaitan langsung dengan apa yang kamu belajar...kamu sebenarnya tak paham konsep kenaikan pangkat.
Saya: Sebenarnya bidang apa pon yang saya ambil, tak semestinya kita akan berkerjaya dalam bidang tersebut...semua tue bergantung juga kepada rezeki masing2..saya tak berasa rugi, sebab belajar tue untuk mendapatkan ilmu..saya tahu ia hanya contract, dan bila2 masa sekiranya saya tidak diperlukan saya akan diberhentikan..saya hanya ingin mencari rezeki halal.
Penemuduga: Apakah aktiviti kamu pada masa lapang
Saya: Membuat kek, membaca novel dan mebuat aktiviti kemasyarakatan.
Penemuduga: Kenapa kamu tak mencari kerja apa yang kamu belajar?  Berapa lama kamu menganggur? 
Saya: Saya sudah mencari, tetapi kebanyakan syarikat hanya memerlukan pekerja yang berpengalaman. Sekiranya kami tidak diberi peluang, bagaimana kami ingin mendapatkan pengalaman tersebut...saya graduat pada tahun 2012.
Penemuduga: Baiklah, apakah yang kamu paham dengan LLM? Apakah kaitan syarikat konsesi dengan LLM? 
Apa yang kamu paham dengan LLM? Kenapa plus yang mengutip tol? Bukan LLM? 
Saya: bla bla bla...(tak berapa confident, sebab tak tahu...huhu)
Penemuduga: ok, melalui laman web LLM, adakah anda berpuas hati? Adakah laman web itu memudahkan masyarakat dan pengguna? 
Saya: bla bla bla (seriously tak tahu, sebab laman die sgt crowded dengan tulisan)
Penemuduga: Jawapan kamu tidak tepat, ada soalan lain? 
Saya: Tiada tuan puan.
Penemuduga: Baiklah itu sahaja, keputusan akan diberitahu kemudian. Terima kasih
Saya: sama2.

*Sebenarnya, ramai lagi graduan lepasan diploma, ijazah diluar sana yang masih mencari kerja. Sekiranya kami tidak diberi peluang, bagaimana kami ingin menunjukkan kebolehan kami..huhu kebanyakan syarikat sekarang hanya ingin pekerja yang berpengalaman sahaja. Disebabkan ramai graduan, peluang tue hnya tipis...mereka yang petah bercakap, dan tahan di physho sahaja biasenya yang lepas..macam mana saya yang pendiam nie...huhu memang benar, rezeki Allah tue luas, kadang2 saya pon terfikir, bila la nak sampai rezeki saya tue..adakah hidup saya sampai disini sahaja?  penganggur selamanya?  Banyak dah temuduga yang saya hadiri, tapi tak ada satu pon yang diberi peluang..belum kira syarikat swasta...kalo nak dikira beribu2 dah habis..kami pon bukan orang senang, kadang2 rasa bersalah sangat pada mama, akak2 dengan En tunang..huhu banyak dah saya susahkan die orang sebenarnya..saya surrender (sambil angkat bendera putih), saya betul2 putus asa...

Tazkirah Hidup

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali:        
  1. Waktu  2. Kata-kata 3. Kesempatan        
         
Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg:         
  1. Kemarahan  2. Keangkuhan  3. Dendam   
         
Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang:      
  1. Harapan  2. Keikhlasan  3. Kejujuran        
         
Ada 3 Hal yg paling berharga:         
   1. Kasih Sayang  2. Cinta  3. Kebaikan         
         
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti:        
   1. Kekayaan  2. Kejayaan  3. Mimpi
         
Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg:         
  1. Komitmen  2. Ketulusan  3. Kerja keras       
         
Ada 3 Hal yg membuat kita berjaya:
  1. Tekad  2. Kemahuan  3. Fokus
         
Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu:
  1. Rezeki  2. Umur  3. Jodoh         

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg pasti:     
  1. Tua  2. Sakit  3. Kematian
         
Lapan jenis makanan yang paling baik mencegah penyakit.
  1. delima  2. yogurt  3.  bawang putih  4. bawang besar  5. teh hijau 6. oat  7. labu  8. brokoli

Tiga perkara membawa penyakit :
  1. banyak bercakap  2. banyak tidur  3. banyak makan  4. Banyak buat sia2

Empat perkara merosakkan badan
  1. dukacita  2. sedih  3. kebulur  4. tak tidur mlm

Empat perkara menambah seri wajah:
  1. taqwa  2. jujur  3. pemurah  4. jaga kehormatan

Empat perkara menarik rezeki
  1. qiamulail  2. byk istighfar waktu 2/3mlm  3. biasa bersedekah  4. berzikir waktu awal pagi dan petang

Empat perkara menjauhkan rezekin
  1. tidur waktu pagi  2. Sedikit bersolat  3. Malas

* Ya Allah, jadikanlah aku insan yg kuat dan sabar menghadapi segala ujianMu, tetapkanlah imanku kepada Islam, jauhkanlah aku daripada sikap mazmumah dan dekatilah aku kepada sikap mahmudah, sayangi dan kasihanilah aku, bantulah aku meningkatkan taraf kehidupanku, murahkan rezekiku, sihatkan tubuh badanku, permudahkanlah segala urusanku...amin
         

Kena Perlu Cari Suami Tinggi Agamanya

Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam
“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

************************************

Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing. Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing. Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam. Apa peranan imam dalam solat? Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud. Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah? Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya. Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup. Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya. Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya. Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua. Ia perjanjian sampai mati. Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut. Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua. Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu. Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra (kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki. Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab. Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami? Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya? Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan. Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan. Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik. Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh. Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah. Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik? Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam. Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam. Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam. Saya geleng kepala. Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu. Pun begitu, saya suka mencadangkan. Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya, bertunang. Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang. Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti. Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah. Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan. Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya. Method berbincang, jika kena caranya, boleh
memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak. Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan. Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya. Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik. Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak. Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah? Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat. Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama. Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam. Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu. Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia. Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana? Buatlah pilihan dengan bijak. Carilah untuk dirimu seorang imam, bukan semata-mata seorang jejaka.

Carilah lelaki yang mampu menjadi imam untuk kamu, yang membangunkan kamu sepertiga malam untuk beribadah kepada Allah. Jika pencarian itu telah kamu temui, jangan lupa bersyukur kepada Allah. Jadilah permaisuri hatinya, peneman setianya dan pengubat duka dan laranya.

Copy paste from FB

*peringatan untuk diri sendiri

Thursday 26 February 2015

Nakkkk gemokkkk!!!

Assalamualaikum...

Bertemu kembali kawan2!  Ok, nk bagitahu nie yang saya sekarang tengah stress..hahahaa istilah gemok tue terlalu sukar bagi saya...dari dulu badan memang tak naik2, makan banyak mana pon, makan tido kat umah pon sama je, maintain je tak penah seumur hidup mencapai 50...huhu mesti ramai orang perempuan kat luar sana, nak kurus....nk kurus...berbeza dengan saya...bukan sebab saya tak bersyukur, tapi bmi tak stabil sebenarnya..berat tak cecah 45kg pon sekarang...wanita memang idamkan pon bentuk badan cantikkan...  slim.. bercutting...kurus memang akan nampak macam tak sihat je kan...lagi-lagi bentuk kerengga...wowww saya jeles okayy!!!  Huhu so, target 47kg+ , sebenarnya untuk kepuasan diri sendiri...

Tapi target saya nak naikkan 3kg dalam masa dua minggu je..sempat ke nie...huhu sebab nak pergi pemeriksaan fizikal untuk memohon jawatan spa...akak pon suggest la makan pil vitamin b complex. Vit nie ada B1(thiamine), B2(riboflavin), B3(niacin), B5(pantothenic acid/asam pantotenat), B6(pyridoxamine), B9(folic acid/asam folat), B12(cyanocob), B7(biotin), Kolin dan inositol. Ada 6 fungsi utama vit ini, antaranya ialah;

1 . Menghasilkan tenaga. Vit B1 diperlukan oleh tubuh untuk membantu mengubah karbohidrat dari makanan kita menjadi glukosa. Vit B diperlukan pada tingkat sel untuk mengubah glukosa menjadi energi. Kekurangan Vit B ini akan menyebabkan lesu dan mudah keletihan.

2 . Sistem saraf dan tubuh yang sihat. Vit B juga sangat penting untuk kesihatan fungsi sistem saraf. Vit B5 diperlukan agar kelenjar adrenal bekerja dengan baik untuk menghasilkan beberapa hormon dan zat pengatur saraf. Vit B1, vit B6 dan vit B12 sangat penting untuk mengatur seluruh saraf agar bekerja dengan lancar, termasuk fungsi syaraf pada sistem otak kita. Vit B6, yang juga dikenal dengan pyroxidine, yang membantu tubuh dalam membuat hormon-hormon tertentu, serta senyawa kimia khusus dalam otak yang disebut dengan neurotransmitter. Vit b3, b6, b9, b12 juga membantu menghasikan sel darah merah, yang akan membantu mencegah anemia. Vit B9 atau yang kita kenal dengan asam folat, yaitu dikenal sangat penting bagi ibu hamil untuk mencegah cacat tabung saraf pada janin selama pertumbuhan didalam kandungan. Kekurangan salah satu dari Vit B Kompleks menyebabkan perasaan mudah stres, cemas dan depresi.

3 . Pencernaan yang baik. Vit B1, b2, b3 dan b6 sangat penting untuk pencernaan dengan membantu produksi HCl (asam klorida), untuk membantu pemecahan lemak, protein dan karbohidrat. Kekurangan dalam salah satu menyebabkan pencernaan terganggu, akibatnya tubuh juga akan kekurangan nutrisi penting. Fungsi Vitamin B1 adalah menjaga keseimbangan air dalam tubuh,  Jika kekurangan Vit B1 dapat menyebabkan beri-beri dan neuritis, selera makan menurun, dan peredaran cairan tubuh akan terganggu.

4. Kesihatan Rambut dan Kuku. Selain diatas, Vit B sangat penting untuk RNA, DNA dan reproduksi sel tubuh. Kekurangan salah satu dapat menyebabkan kulit kering, kulit kusam, dermatitis, keriput, mudah berjerawat, ruam, rambut rontok dan kuku pecah.

5. Mengawal kadar kolesterol yang sihat.
Vit b1 membantu penyerapan lemak pada usus, dan membantu metabolisme karbohidrat. Vit b3 atau niasin, telah terbukti membantu menurunkan kadar kolesterol “jahat” atau LDL , namun meningkatkan kadar kolesterol “baik ” atau HDL . Dengan demikian akan membantu mencegah pengerasan pembuluh darah atau asteroklirosis. Hal ini pada akhirnya akan mencegah penyakit peringkat utama penyebab kematian terbanyak, iaitu jantung (b12 mengurangkan paras homocysteine ​: asid amino dianggap menyumbang kepada penyakit jantung apabila ia berlaku pada paras yang tinggi), darah tinggi.

6. Mengelak penyakit kanser. Vit b9 (folat atau asid folik) boleh membantu mencegah kanser payudara, kanser kolorektal, dan kanser pankreas, dan juga risiko penurunan kecacatan kelahiran apabila diambil oleh wanita hamil. Vit b12 boleh mengurangkan risiko kanser pangkal rahim.

Kesan kekurangan vit b akan menyebabkan anemia, keletihan, kekurangan selera makan, kesakitan abdominal, kemurungan, kepekakan, jangkitan pernafasan, otot kejang, keguguran rambut, eczema, membantutkan pembesaran kanak-kanak dan kesan kelahiran.

Namun perlu diingatkan juga pengambilan melebihi 200mg sehari  akan menyebabkan overdose dan kesan sampingan lain akan ada seperti sakit perut, sembelit, mual, muntah, pusing, perubahan warna urin, sering buang air kecil, cirit-birit, kemerahan pada kulit, dan gatal-gatal.

Itu informasi yang diperolehi daripada web2 lain. Memang betul, masya Allah... berselera gila makan...sehari boleh makan 4kali nasi...huhu kalo tak makan je, kepala pening, rasa berasid je perut... macam masuk angin...makan tak sampai sejam pon dah terasa nak makan lagi..siyesly!!  Doa2 kan saya jela ye...capai target tue...tata c u next entry

*resultnya tak lepas...berat min yang dia nak 46kg, saya kurang 1kg je...huhu mungkin vit tue ambil masa yang lama...tak apelah, 2minggu tue naik la 2kg setengah...dah tak ada rezeki..

Sumber: http://www.carakhasiatmanfaat.com/artikel/manfaat-vitamin-b-kompleks-bagi-kesehatan-kita.html

hahahaa sowi gambo xsenonoh :P e

Ayah

Assalamualaikum...

Hari ini, topik yang sangat menarik iaitu ayah...pada 25 Feb 1992, genap usia saya dua tahun, 9 hari...ayah pergi meninggalkan kami...masa tue, saya memang tak tahu apa2 pon..bayangkan la umur masih 2tahun, menyusu pon tak putus lagi...ayah meninggal masa tue berpunca daripada kemalangan. Ayah nak potong sebuah bas tapi tak lepas, menyebabkan merempuh sebuah lori 1 tan yang berhadapan...keadaan ayah masa tue, tak ada patah2 pon...just dalaman die la yang teruk...mama cakap, masa nak kebumikan pada keesokannya, ayah still berdarah lagi macam baru je meninggal...masa tue ayah 27tahun...muda lagi kan, tapi dah ada 3orang anak...bayangkan la macam mana ketabahan dan kekuatan seorang mama, membesarkan kami anak beradik...kekuatannya menerima segala takdir Allah dengan redha...kekuatan, kecekalan dan ketabahan mama menempuh segala ujian Allah tetap menjadi idola saya, sampai bila2..dari sekolah lg, mesti orang lain akan tanya mana ayah saya...huhu

Wednesday 18 February 2015

Lahar cinta - Final list



Tersingkaplah tirai cintaku yang lalu
Hangatnya bagai lahar yang membakar bumi
Sehinggakan aku menggelupur kelecuhan
Bila engkau pergi tak kembali
Kala itu sayangnya engkau padaku
Dan kutelani segala kata indahmu
Kerana kusangka kau kan terus bersamaku
Tapi hanya sekadar waktu
Seluruh cintamu itu hidup segar dijiwaku
Masih kuterasa
Tak layu ditelan waktu
Tak pudar kasih hatiku
Dan kau masih lagi kusayangi
Walaupun engkau tiada
Namun cintamu terasa
Membendung rinduku sejak dulu hingga kini
Indahnya kukenang dan pahitnya dah kutelan
Begitulah kasihku kepadamu
Ingin aku mengulangi saat indah waktu dulu
Tapi bagaimana dapatkah berulang lagi
Bersamalah kita jadikan pengajaran
Betapa pedihnya oh perpisahan
Mengapa di waktu ini
Aku teringat kembali segala kenangan
Apakah engkaupun sama masih ingat kepadaku
Seolah kita tak pernah berpisah


*lirik yang sangat best...

Friday 6 February 2015

My First Date

Assalamualaikum... 
 Hyep! Hari nie nak bercerita pulak kisah antara saya, dah ‘dia’. Ok, semua nie memang xdijangka..siyessly!! Huhu kita orang xrapat pon..kenal pon gitu2 je because hes my senior..hehe and i know, he hav a gf..huhu saya pon ad bf tyme tue, so masing2 wat kehidupan sendiri...dipendekkan cerita, jodoh tue rahsia Allah..xsemestinya bercinta bertahun2 die akan jadi suami kite kan..n xsemestinya baru kenal dia xlayak bahagiakn kita...apa yang jadi tahun lepas pada saya, mmg sakit..Allah je tahu...n dia ada ngan saya tyme tue...dia jugak yang selalu bg semangat, bg nasihat...awal tahun nie, dia purpose...opkosla excited, hahaha...dia mmg baik, suke mendengar, bertanggungjawab n penyayang...honesly cakap...romentik gile!! Hahaha xjangka jugak pon semua nie..berlaku sgt pantas!! My first date, 22hb Jan 2015..hahaha date after engaged katanya..sweetkn.. dia mmg sweet pon...lepas round Bukit Tinggi mall, kaki pon dah sakit (tp wat2 cool je depan die, haha) tengok movie pulak...tengok villa nabila, opkos la die boring, dia xminat cerita melayu, tp sb nk melayan tunang die kn...haha nasib badan dapat orang suke tengok cita hantu..

villa nabila xbest..huhu


Kaki sape la yang banyak bulu tue..hahaha 

 *Balik2..dating yg sangat sekejap, tapi sangat bermakna...