Thursday 1 December 2022

Lepaskanmu Kerana Terpaksa - Ukays

Tak Dapat Ku Lupakan Kenangan Silam
Susah Dan Senang Kita Harungi Berdua
Bersumpah Setia Hidup Mati Bersama
Sehingga Ke Penghujungnya

Tergamak Engkau Meninggalkan Diriku
Disaat Aku Memerlukan Kasih Sayangmu
Kini Aku Sendiri Meneruskan Hidup Ini
Bersama Hati Yang Telah Kau Lukai

( Korus )
Menyesalnya Aku Menyintai Dirimu
Kini Ku Sengsara Akibat Perbuatanmu Itu
Kini Kau Bahgia Hidup Disampingnya
Mudahnya Aku Kau Lupakan

Betapa Sakitnya Pedihnya
Kau Kata Kau Cinta Dia
Mengapa Diriku Akhirnya
Menjadi Mangsa Dalam Percintaan
Oh Pilunya

Terpaksalah Aku Sendiri
Mengundurkan Diri Demi
Keluargamu Mengharapkan
Agar Ku Berlalu Pergi
Untuk Sidia Pilihan Hatimu

Dengan Rela Ku Lafazkan
Selamat Tinggal Sayang
Ku Doakan Agar Engkau Bahagia

( Ulang Dari Korus )
Dengan Rela Ku Lafazkan
Selamat Tinggal Sayang
Ku Doakan Agar Engkau Bahagia

Saturday 27 November 2021

Pasrah song by Damia

Berapa lama harus ku menderita
Sedangkan engkau disirami bahagia?
Sukarnya untukmu
Setia padaku

Mudahnya engkau melupakan semua
Semua janji waktu kita bersama
Tibalah masanya
Aku mengalah

Puisi indah kini tinggal kenangan
Ikatan cinta yang penuh kedukaan
Sayunya hatiku
Melepaskanmu

Berat bagiku untuk melupakanmu
Apakan daya takkan ku nak merayu
Inilah masanya
Ku noktahkannya

Aku berserah
Jika ditakdir untuk tidak bersama
Kerana ku mau dirimu bahagia
Bersama dirinya

Dan aku pasrah
Jika diriku untuk tidak bahagia
Pergilah kau, sayangku
Pergilah kau, kasihku, bersamanya

Aku berserah
Jika ditakdir untuk tidak bersama
Kerana ku mau dirimu bahagia
Bersama dirinya

Dan aku pasrah
Jika diriku untuk tidak bahagia
Pergilah kau, sayangku
Pergilah kau, kasihku, bersamanya

Thursday 15 November 2018

Kenapa perlu bersedih?

Sedih itu apa.. kenapa kita perlu bersedih? Sedih terhadap banyak perkara.. kematian? Kemalangan? Cacian? Atau sebab umpatan dariapda orang lain? Ada juga yang sedih sebab rupa parasnya, bersedih dengan kejadiannya, bersedih mengenangkan nasibnya, sedih dengan cara hidupnya.

Ada jugak sedih sebab imanya yag lemah, ibadahnya yang cuma sedikit dan sebagainya. Ada waktu, memang manusia perlu merasakan kesedihan. Mungkin kita pernah membaca ayat ini


"Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita" surah at Taubah: 40

Berdasarkan ayat diatas, jika kita masih bersedih, ertinya kita belum rasa dekatnya hati kite dengan Allah. ParanNabi juga pernah merasa sedih, contohnya orang yang dicintai meninggal dunia. Tapi apa yang membezakan adalah kita suka memanjangkan kesedihan, seakan Allah tidak wujud dalam kehidupan kita. Bersedih (selain takut kerana Allah) tidak diajarkan dalam agama. Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang melarang kita untuk bersedih.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan jnganlah pulak kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang palinh tinggi (darjatnya), jika kamu orng yang beriman" surah Al Imran: 139



Bagaimana menghadapi kesedihan?

Pertama:

Daripada ayat diatas (at Taubah:40) terdapat banyak cara untuk mengurangkan kesedihanaitu sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa ada dengan kita. Jadi apa yang perlu kita takutkan? Allah Maha Kuasa, Allah Maha Penyayang, Allah tahu apa isi hati kita, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. saat kita dalam kesedihan, kita lupa bahawa Allah sentiasa bersama kita. Oeh itu, kita diperintahlan terus mengigati Allah berdasarkan ayat Quran dibawah

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram" surah ar Ra'ad: 28

Saat saya mengalami kesedihan, ketakutan, atau kecemasan, ada tiga kalimat yang sering saya gunakan untuk berzikir. Istighfar, memohon ampun kepada Allah. La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah). Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)


Alhamdulillah, kesedihan, kecemasan, dan ketakutan menjadi reda setelah berzikir dengan kalimat-kalimat diatas. Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi dihati.


Kedua:

Cara menghilangkan kesedihan ialah dengan berdoa seperti dicontohkan oleh Rasulullah saw. Nabi pun meminta pertolongan Allah, apa lagi kita, jauh lebih memerlukan pertolongan Allah.

Maka berdoalah.

Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang (Hadith riwayat Abu Daud0

Monday 12 November 2018

Ubatan osmotic Diuretik (IV Mannitol)

Tanggungjawab jururawat dalam pemberian ubatan osmotic diuretik (IV Mannitol)

1. Berikan penerangan tujuan pemberian ubatan adalah untuk mengurangkan tekanan intracranial atau mengurangkan cerebral edema supaya pesakit faham

2. Beritahu pesakit kontraindikasi ubatan adalah dehidrasi supaya pesakit faham

3. Beritahu pesakit kesan sampingan ubatan abdominal pain dan loya muntah supaya pesakit faham

4. Amalkan 7R dalam pemberian ubatan supaya mengelak medico legal

5. Pastikan ubatan tidak bertukar menjadi cristal dan tidak lebih expired date untuk mengelak ketidakberkesanan ubatan

6. Pastikan pesakit tiada tanda thromboplebitis untuk mengelak infeksi seperti kemerahan ditempat pemasangan branula

7. Ambil tanda vital seperti tekanan darah sebelum dan selepas pemberian ubatan untuk mengesan hypotension akibat pengeluaran cecair yang berlebihan

8. Monitor pengaliran iv menggunakan pead chambers untuk mengelak kelebihan dos yang menyebabkan hypotension

9. Pastikan masa pengaliran ubatan ditetapkan 100ml untuk 15minit untuk mengelak kesan sampingan lain

10. Monitor intake dan output chart untuk mengesan pengaliran urine berlebihan, sekiranya kurang daripada 30ml/hour beritahu doktor untuk rawatan lanjut

11. Jangan berhentikan ubatan secara tiba-tiba kerana akan menyebabkan rebound headache kepada pesakit

12. Dokumentasikan dalam medical chart pemberian ubatan untuk mengelak medico legal dan sebarang keabnormalan beritahu doktor untuk tindakan selanjutnya

Monday 5 November 2018

Ubatan anticonvulsant (Dilantin)

Tanggungjawab jururawat dalam pemberian Ubatan Anticonvulsant dilantin

1. Berikan penerangan tentang tujuan pemberian ubatan dilantin adalah untuk mengurangkan rebakan elektrik di otak supaya pesakit faham dan memberikan kerjasama

2. Beritahu pesakit kontraindikasi ubatan dilantin adalah diabetes mellitus, hamil atau ketagihan terhadap dadah supaya pesakit yang mengalami penyakit tersebut tidak mengambilnya

3. Beritahu kesan smpingan ubatan adalah muntah, loya dan mengantuk supaya pesakit paham

4. Amalkan prinsip 7R semasa pemberian ubatan untuk mengelak medico legal

5. Nasihatkan pesakit compliance pada ubatan walaupun berasa sihat dan tidak berhenti tiba2 kerana kesan sampingan adalah penyakit berulang

6. Nasihatkan pesakit tidak memandu selepas pengambilan ubatan kerana pesakit akan mengantuk, dan mengelak kecederaan

7. Nasihatkan pesakit jika terdapat tanda2 sawan semakin teruk, segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut

8. Lakukan penyiasatan EEG kepada pesakit untuk mengetahui keberkesanan rawatan

9. Dokumentasikan rawatan dalam carta ubatan dan laporkan segera kepada doktor jika berlaku sebarang keabnormalan

Suami minta poligami

Sekadar ingin berkongsi pengalaman saya mengendalikan seorang lelaki bernama suami yang ingin berpoligami. Saya seorang perempuan, saya tahu naluri orang perempuan (saya berumur 40 tahun) dan suami berumur 46 tahun. Saya selalu cuba memahami dan mendalami perasaan suami saya. Alhamdulilah, saya telah berumahtangga lebih dari 22 tahun (saya kahwin ketika umur saya 18 tahun seusai saja tamat SPM) dan telah dikurniakan 10 orang cahayamata.

Untuk pengetahuan puan, semenjak kahwin saya tak pernah bergaduh dengan suami saya, petuanya ringkas, ikut kehendak suami dan jangan bantah selagi tidak bertentangan dengan perintah agama sekalipun ia mungkin bertentangan dengan kehendak kita.

Lepas tu baru kita beri pendapat kita dan kehendak kita pulak, tentu suami akan sejuk hati dan juga akan mengikut kehendak kita. (of course pilihan awal pun kena lah tepat, nak pilih suami pun janganlah main sapu jer, mentang mentang tengok dia kereta besar terus setuju. Kalau dah cari suami hidung belang, kena lah tanggung sendiri akibatnya).

Orang lelaki juga kadang-kadang seperti budak budak perangai dia. Lagi kita resist, selagi tu dia akan insist. Sama dengan newton’s law of motion i.e action equals to reaction. So kalau kita ikut kehendak dia, dia akan lebih tenang dalam membuat keputusan dan segala urusan akan lebih mudah.

Suami seorang jutawan

Untuk makluman, suami saya ni dah jadi jutawan pada umur 40 tahun walaupun pada asalnya ketika kami mula mula bernikah dia cuma memandu Proton Saga. Beliau seorang yang berjimat dalam segala hal. Memang duit cash simpanan dia dah melebihi jutaan ringgit dan dia ada beberapa buah rumah sewa dan sebagai isteri saya tak pernah meminta apa-apa pun dari dia, semuanya atas ihsan pemberian dia.

Saya bersyukur kerana Allah temukan saya dengan sorang suami yang baik bila saya compare dengan orang lain yang mendapat suami yang tak bertimbangrasa. Alhamdulillah, sejak kami kahwin dan dikurniakan ramai anak, hidup kami tak pernah kesempitan kerana saya percaya berkatnya rezeki kami dan saya qanaah dengan apa yang ada.

Walaupun saya tak bekerja sejak kahwin, rezeki kami sentiasa bertambah especially selepas kami menunaikan haji. Semasa pergi ke Mekah menunaikan haji 10 tahun lalu, yang saya minta cuma hidup aman yang berpanjangan bersama kasih sayang anak dan suami. Dan Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya.Tapi kita kena faham, orang laki ni bila banyak duit, banyak pula cabarannya.

Memang ada kawan kawan dia yang menawarkan perempuan lawa dan janda muda untuk di jadikan isteri kedua. Tetapi seperti yang saya cakap, kalau kita berterus terang dengan suami kita, dia juga akan berterus terang dengan kita.Dia pernah mengajukan pada saya hasrat nak kahwin lagi atas alasan nak menolong seorang janda muda anak tiga. Saya dengan tenang cakap pada dia, kalau itulah yang lebih membahagiakan hidup dia, saya izinkan dan saya redha.

Seperti yang saya cakap, kita jangan lawan. Hati perempuan mana yang ingin berkongsi suami. Samalah seperti saya. Tapi kita kena simpan perasaan kita tu dulu, kita kena setuju dulu dengan kehendak dia. Kemudian kita kena tunjuk pada dia kasih sayang kita yg tak berbelah bahagi walaupun dia telah menyatakan hasrat dia untuk kahwin lagi. Kita pelu cuma memenangi hati dia kembali. Mungkin ada kekurangan pada kita menyebabkan dia cuba mengalih arah.

Nak tahu apa yang saya lakukan selepas dia menyatakan hasratnya untuk tambah cawangan? Tak ada piring terbang.Tak saya suruh dia tidur di luar….. Tak saya tidur membelakangi dia…tapi..Saya cuba untuk memberikan dia layanan yang lebih baik.Kalau biasa bangun pagi-pagi kita take for granted..makan-minum pagi suruh dia ambil sendiri atas meja, kali ni saya hidangkan..buat yang terbaik untuknya. Utamakan dia dari anak-anak. Buat seketika tu jer….

Sebelah malam pulak, pakai pakaian cantik cantik dan berwangi wangian …Semasa tidur peluk dia jangan lepas lepas sampai pagi …biar dia tercungap cungap pun tak apa….kalau dia tanya, cakap kata yang kita sayang sangat kat dia. So selagi dia masih ada kita seorang dalam hidup dia cakaplah kita nak ambil peluang sebanyak mungkin untuk bersama dia, sebab bila dia kawin lagi satu, kita akan berkongsi suami. Jadi masa tu nanti kita cuma ada separuh masa dengan dia (Lupa nak cakap…sebenarnya sebelum itu saya telah meminang calon isteri untuk suami saya atas permintaannya).

Sambung cerita tadi…. Buat macam tu berterusan selama 2 minggu, dan jangan lupa bangun sembahyang malam, minta doa pada Allah. InsyaAllah, selepas 2 minggu dia akan berubah hati dan membatalkan niatnya. Saya telah buktikan. Selepas 2 minggu perempuan itu minta diputuskan tunang.Itu cerita masa saya ada anak 5. (Masih lawa lagi aih…pun suami dah menggatal).

Hasrat kahwin kali ke2

6 tahun kemudian, suami berkenalan pulak dengan seorang anak dara umur 25 tahun. Masa tu saya dah umur 35 tahun. Saya di uji lagi. Dengan zaman internet yang canggih, dia diperkenalkan dengan anak dara yang 15 tahun lebih muda darinya oleh seseorang dan mereka berhubung melalui FB.

Kali ini saya tidak mengetahui kerana dia sudah berjanji dengan saya kalau dia nak tambah cawangan dia tak akan beritahu saya lagi kerana dia kesiankan saya. Dia kata kalau dia beritahu saya, mesti tak jadi punya. So, dalam senyap senyap dia berhubung melalui applikasi FB messenger sampai ke peringkat dia telah menetapkan tarikh pernikahan dengan gadis itu. Mereka bercadang untuk melangsungkan perkahwinan di Selatan Thailand.

Tetapi Allah Maha Kaya. Sehari sebelum hari yang mereka rancangkan ditakdirkan saya jatuh sakit dan terpaksa di admit ke hospital Kuantan. Maka suami pun memberitahu si gadis minta menunda rancangan perkahwinan mereka (tanpa pengetahuan saya).

Si gadis tak bersetuju dan menekan suami saya supaya meneruskan juga rancangan. Bila suami berkeras mengatakan dia perlu menjaga saya di hospital, si gadis mula menggunakan kata-kata kesat terhadap suami yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang anak dara.Dari situ barulah suami mulai sedar siapa si gadis itu.

Suami terus memutuskan hubungan dengan gadis tersebut dan barulah diceritakan semuanya pada saya. Saya cuma ucapkan kata-kata syukur pada Allah, walaupun saya dimasukkan ke hospital, rupanya ada hikmatnya dan sekali lagi Allah telah menyelamatkan saya dari menjadi madu.

Kalau sekarang pun suami saya kata nak kahwin lagi, saya tak akan larang, tapi of course saya tak akan menggalakkan. Kalau kita benar benar sayangkan suami kita, kita kena berkorban. Dan inilah sebesar besar pengorbanan sebagai seorang isteri.Poligami adalah sesuatu yang dibenarkan. Ia juga mempunyai hikmat dan manfaat yang besar kepada umat Islam khususnya dan manusia umumnya. Sama ada cintakan suami orang tu boleh membawa kebahagiaan atau tidak bergantung kepada sistem pengurusan keluarga kita.

Walau apapun, adalah lebih elok jika perkahwinan berkenaan bermula dengan kerelaan semua pihak. Isteri pertama jangan menganggap bahawa dia lemah, tak pandai jaga laki dan sebagainya apabila ada “kawan” baru. Dan paling penting, suami yang mempunyai lebih daripada satu keluarga mestilah berlaku adil.

Walaupun tidak mudah untuk berlaku adil tetapi tidak mustahil, jika dimulakan dengan niat atas dasar iman. Adil bukan maksudnya semuanya sama (equal) tetapi setiap pihak mendapat haknya mengikut keperluan dan kedudukan (equitable).

Akhir sekali, perlu ada kesepakatan tentang “conflict resolution mechanism” kerana setiap kehidupan akan terdedah kepada konflik. Banyak konflik besar bermula daripada konflik kecil yang tidak terkendali. Apatah lagi jika emosi menjadi perkasa semasa konflik.Mohon komen yang murni murni saja yer. Yang elok jadikan teladan, yang buruk kadikan sempadan.

Akhir kata, jadilah menjadi wanita yang penuh bermaruah,berfikiran matang tak perlu semakkan kepala dengan pinjaman cinta dunia yang hanya sementara. Meskipun kelihatan kalah pada awalnya, namun sebenarnya kemenangan tetap milik kita. Apa pendapat Anda? Silakan Share Dan semoga bermanfaat.

C/p kisahrumahtangga

Saturday 3 November 2018

Penantian yang sia-sia

Saya pernah sayang seseorang lebih daripada segala-galanya suatu ketika dulu. Saya ikut semua kehendaknya. Tapi makin lama saya dengan dia semakin jauh. Saya nampak die berubah perlahan-lahan. Saya mula mencari dimanakah kesilapan saya. Saya banyak berfikir seperti orang yang kurang akalnya. Makin lama perasaan semakin berkurangan. Kerana makin lama, dia semakin jauh. Saya seperti mengejar bayang-bayang yang tidak mungkin akan dapat digenggam, semakin saya cuba mendekati makin menjauh la dia. Setiap hari menangis mengenangkannya. Namun Penantian yang mengharapkannya ia berubah ternyata hanya sia-sia. Dia tidak pernah mencari saya. Saya tewas. Lebih baik saya tamatkan semuanya. Mungkin cara ini lebih baik untuk dia.

Sunday 2 September 2018

Wahai lelaki

Wahai LELAKI,

Kalau kamu memilih bersama wanita bekerjaya, kamu perlu menerima dia tidak boleh mengurus rumah sepenuh masa.

Kalau kamu memilih bersama wanita suri rumah yang boleh menjaga dan mengurus rumah tangga sepenuhnya, kamu perlu menerima yang dia tidak menghasilkan duit.

Kalau kamu memilih bersama wanita penurut, kamu harus menerima yang kalau dia bergantung kepada mu.

Kalau kamu memilih bersama wanita yg berani, kamu harus menerima kalau dia keras kepala dan punya pikiran sendiri.

Kalau kamu memilih bersama wanita cantik kamu harus menerima perbelanjaannya juga banyak.

Kalau kamu memilih bersama wanita hebat, kamu juga harus menerima kalau dia keras dan berpendirian.

TIADA WANITA SEMPURNA semua hanya dalam mimpi dan angan-angan sahaja

Wednesday 2 May 2018

Dibutakan cinta - D'Nesh Band







Seringkali kau sakiti
Kau lukai aku
Selalu salah dimatamu tiada benar untukku
Tidak seindah saat masa-masa dulu

#1
Miski kamu telah kumiliki
Masih saja kau sakiti
Teriris perih hati ini dengan luka yang kau beri
Namunku tak ingin meninggalkanmu

#2
Berkali-kali aku terluka
Namunku masih menanti dan setia
Terlalu perih apa yang ku rasa
Dibutakan cinta... 

Ulang #1 dan #2 dan #2

Miski ku disakiti
Aku tetap cinta

Sunday 29 April 2018

Kisahku inginkan - Siti Nurhaliza ft Judika



Telah ku tentukan arah
yang akan ku tempuh di sisa hidupku
karna telah ku temukan
kisah yang ku inginkan dan ku impikan

Sudah ku tambatkan hati
yang selama ini belayar tak pasti
kini telah ku temui
kasih yang aku cari cinta yang pasti

Berakhir sudah pencarian jalan cinta
berlabuh di ikatan suci kita
berhenti sudah keresahan dalam jiwa
kini

Aku dan kamu tak terbatas oleh waktu
tak terlarang tuk menyatu
karna kau rasmi milikku

Kita akan menjaga
janji suci yang telah terikrar
dan saling setia selamanya

Berakhir sudah pencarian jalan cinta
berlabuh di ikatan suci kita
berhenti sudah keresahan dalam jiwa
kini

Aku dan kamu tak terbatas oleh waktu
tak terlarang tuk menyatu
karna kau rasmi milikku

Kita akan menjaga
janji suci yang telah terikrar
dan saling setia selamanya

Aku dan kamu tak terbatas oleh waktu
tak terlarang tuk menyatu
karna aku dan dirimu
dalam ikatan janji suci yang telah terikrar
dan saling setia selamanya

Tetap harus bersama
Meski raga menua
Di dalam cinta selamanya


Kredit khas tok suami 😘