Saturday 30 January 2016

Ujian sebelum perkahwinan

Assalamualaikum......

Ramai antara kita akan menghadapi segala ujian sebelum perkahwinan....adakalanya ujian seperti muncul orang ketiga, putus ditengah jalan dan ada juga gagal ujian HIV.....semakin dekat majlis, semakin kuat ujian Allah beri...memang betul....tidak dinafikan kerana saya juga mengalami pengalaman yang sama....yaAllah, sungguh besar ujianMu kali ini...tapi apakan daya kita hanya hambaNya yang sentiasa diuji....betapa kerdilnya kite dimataNya

Paling utama, jangan mudah mengalah dengan takdir Allah...segala kesusahan, kesukaran, kepahitan pasti membawa kemudahan, kesenangan dan kemanisan dipenghujungnya....ingatlah Allah Maha Adil...tak kan pernah lengkap sebagai hamba Allah sekiranya tak pernah diuji...diuji tanda Allah sayang pada kita, mengingatkan kita bahawa Allah boleh merubah apa sahaja mengikut hendakNya...muhasabah diri bahawa setiap ujian adalah pembakar segala dosa....

Saya bersyukur dikurniakan pasangan yang sangat memahami, bertolak ansur, dan seorang yang penyabar apa pon yang berlaku...saya berharap Allah permudahkanlah segala urusan...aminnn



Really need u my future husband.

Tuesday 26 January 2016

Kebaikan Surah Innsyirah

Terjemahan Surah Al-Insyirah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
1) Bukankah kami telah melapangkan bagimu, Dadamu (wahai Muhammad dengan mengisi petunjuk dan hidayah)
2) dan Kami telah meringankan daripadamu : Bebanmu (menyiarkan Islam)
3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan pelbagai kemudahan dalam melaksanakannya)
4) dan Kami telah meninggikan bagimu : sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)
5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)
8) dan kepada Tuhanmu saja tempat engkau memohon. (apa yang engkau gemar dan ingini)
Banyak kelebihan surah Al-Insyirah nih antaranya ialah :
1) Mempermudahkan urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali selepas solat fardhu.
2) Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat hajat atau Tahajjud di tengah malam dan baca surah ini 103 kali atau mengikut kemampuan. InsyaAllah hajatnya akan tercapai.
3) Sesiapa yang membaca surah ini, nescaya dadanya yang sempit dilapangkan oleh Allah
dan banyak lagi..

Surah ini juga bagus diamalkan oleh sesiapa yang mempunyai masalah jantung dan jugak paru-paru.