Saturday 23 September 2017

Poligami

Sy pernah menonton di Youtube, seorg wanita berbangsa Arab, dia di beritahu oleh suami nya bahawa dia ingin berkahwin lain.
Si suami memang saudagar kaya.
Cukup syarat dari segi agama dan duniawi utk dia tambah seorg isteri baru.

Sebagai seorg perempuan, dan manusia biasa adalah fitrah kita berase sedih dan kecewa.

Lalu wanita ini mendapat kan khidmat kaunseling.
Kaunselor tu memberi nasihat dari sudut psychology manusia:

1. Jika ade perkara yg membuat kan kita bersedih/kecewa/marah; tunggu 72jam utk tengok adakah kita masih di fasa yg sama. Jika sama; maka harus lah berbuat sesuatu utk menyelesaikan nya.
Dan jika tidak, maka ia nya tidak penting dan abai kan sahaja.

Wanita ini pulang dan memberi ke izinan suami nya berkahwin lain.
Lalu ia mengira 72 jam berikut nya. Maka ia masih terganggu. Lalu ia berjumpa kaunselor itu kembali.

2. Sabar selama 21 hari. Manusia akan berubah habit apabila melewati 21 hari pd rutin yg baru daripada yg asal nya. Dan habit yg baru akan jd kebiasaan nya pula.

Wanita ini pulang, dan berbuat segala rutin harian nya seperti biasa kecuali  rutin yg berubah ialah dia terpaksa menunggu giliran hari suami nya pulang. Iaitu 3 hari dalam seminggu.

Melewati 21 hari, si isteri telah mulai merasa biasa terhadap ketiadaan suami nya dan diri nya di madu. Namun masih berbaki rase sedih. Dia pergi berjumpa kaunselor.

Kaunselor tersebut berkata, jumpa sy kembali jika semua perasaan kamu neutral. Tiada sedih, marah, atau kecewa.

3 bulan kemudian, si isteri itu berjumpa kaunselor itu kembali.

Kali ini kaunselor itu terkejut. Dia mengatakan bahwa dia tidak menyangka akan berjumpa si isteri itu kembali.
Si isteri tersenyum dan berkata, sy sudah tidak merasa kan apa apa!

Jawab kaunselor;
Itu petanda tidak baik. Ini bermakna kamu sudah tidak lagi mencintai lagi suami kamu.
Sedangkan di dlm adik beradik ade sifat cemburu sesama sendiri apabila terpaksa berebut kasih sayang dan perhatian mak ayah.
Inikan pula cinta yg bersulam kan nafsu.

Si isteri pulang, dan memberitahu suami nya bahawa dia sudah tidak mencintai suami nya lagi. Dia telah mencuba selama 3 bulan itu utk menerima cinta yg di dua kan.

Si suami cuba bertanya kembali adakah kamu tidak mahu mengejar syurga dgn redha berpoligami?

Jika aku tidak ikhlas dan redha dlm melayan kamu, neraka lah tempat ku!
Jwb si isteri lg, aku masih punyai mak ayah. Masih lg aku layak mengejar syurga mereka dgn berbakti walau tanpa kamu.

Jika mak ayah kamu telah pergi?

Jawab isteri,
Aku punyai agama utk aku perbaiki diri. InsyaAllah itu jihad terbesar aku melawan nafsu. Akan ku kejar syurga itu jua.

Lalu si suami berkata,
Kamu harus sedar, suami bukan hak milik seorang isteri.

Jawab si isteri;
Ya benar, segala nya bukan milik siapa siapa. Milik Allah swt semua. Hati ini terutama nya. Milik Allah swt.

Balas si suami :
Baiklah, akan ku lepas kan kamu. Tapi beritahu pd diri ku. Adakah aku tidak berlaku adil?

Balas si isteri :
Seorg mak juga tidak mampu menyayangi kesemua anak nya sama rata, apakah yg kamu rasa? Jika kamu mencintai aku sebanyak mana aku mencintai kamu, nescaya tiada yg ke dua.

Lalu mereka membawa haluan masing masing.
Ternyata benar kecewa nya si isteri hingga hilang nya rasa cinta. Setelah berusaha, berdoa dan bertawakal.

Monday 18 September 2017

Perhubungan jarak jauh

Assalamualaikum.....alhamdulillah,masuk je bulan nie dah 5bulan pjj dengan husband dan anak...Allah, berat mata memandang berat lagi yang memikulnya...Allah uji seberat ini dugaan untuk hubungan kami...kerinduan yang tiada penghujungnya...anak membesar bukan depan mata, bohonglah kalau orang cakap ujian ini mudah...yes,bukan mudah untuk aku lalui hari2 mendatang tanpa anak dan suami disisi...seorang diselatan,seorang di utara, seorang dibarat...demi mengejar kerjaya sendiri..sungguh rasa bersalah pada ariana 7bulan dah ditinggalkan..huhu semoga aku terus kuat dan tabah...

Berjauhan bukan kemahuan...tetapi atas takdir dan izin Allah. ..mempunyai hubungan jarak jauh akan menguji sejauh mana kepercayaan kepada sesuatu perhubungan dan sejauh mana tahap keimanan isteri dan suami...jika ada yg terkeluar dari landasan,bertuankan nafsu,maka kegagalan menanti hubungan itu..jika bertuankan iman,maka kejayaan menguatkan hubungan itu...hidup PJJ lebih kpd menguji kita sebagai muslim,adakah agama didada itu sebagai perhiasan atau perisai utk kemungkaran dan kemaksiatan....

Perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita,just follow the flow...inn shaa Allah kejayaan, kebahagian menanti kita..

Ariana, tunggu mama balik ye syg...inn shaa Allah setahun lebih lagi mama habis belajar...kita tinggal sama2 yer dan mama janji tak kan tinggalkan ariana lagi...mama nak ariana membesar depan mata mama lepas nie....

To my husband, ayg minta maaf tak dapat jadi isteri yang sempurna buat abg...ayg xdapat melebihi kesempurnaan ex ex abg sebelum nie...ayg tak mampu mengubah kekurangan yang ada...ayg tak mampu melawan takdir Allah dengan perpisahan jarak jauh nie...ayg tak mampu jaga pakai, makan minum abg...doakan lepas nie kita hidup bahagia bersama2 dan tak pjj lagi...ayg sentiasa tunggu saat istimewa tue...

Waiting me...

#ialwaysliveyouhusband
#imissyouariana

Friday 15 September 2017

Perempuan bila sudah berkahwin

Perempuan ni bila dah jadi isteri, dah jadi ibu yang difikirkan hanya keluarga dia je. Bila dia dah kahwin dengan kau, kau la suami dia dunia akhirat. Kau hitam ke, pendek ke, gemuk ke, bagi dia, kau lah yang paling kacak dan teristimewa.

Dia tak kisah kau kaya atau miskin. Yang penting kau rajin bekerja dan tahu tanggungjawab. Isteri ni bukan mintak beribu ringgit dengan kau setiap bulan. Apa yang dia nak dari seorang suami hanya kesetiaan, kejujuran, kasih sayang dan masa untuk dia dan anak-anak.

Kalau kau buat perangai, terutamanya kalau pasal kau ada perempuan lain. Memang isteri kau akan jadi raksasa. Isteri zaman sekarang ni lebih berdikari dan mampu untuk berdiri di kaki sendiri.

***

Tunjukkan kesetiaan kau kepada isteri. Yakinkan dia hanya dia yang kau sayang. Kau tak payah la nak layan perempuan lain lebih baik daripada isteri kau. Terutamanya kawan perempuan kau tu. Bila isteri kau cemburu kau cakap, "Kawan je kan. Abang kenal dia dah lama. Tu pun nak cemburu". Hey, kau tu yang patut fikir guna otak sikit. Berpada-pada la.

Kalau sebelum ni kau memang baik gila la dengan kawan perempuan kau tu, bila dah kahwin kau dah tak boleh macam tu. Kau kena ingat tu.

Jujur dengan isteri kau. Jangan sesekali tipu dia. Sekali kau tipu dia, jangan harap dia nak percaya kat kau lagi. Kalau percaya pun dah tak sama macam dulu. Fon tu kalau letak pasword bagitau isteri. Jangan bagi dia syak dengan kau. Apa-apa yang kau buat bagitau la isteri. Dulu kau sorang-sorang takpela nak buat apa pun. Takde orang nak kisah.

Jangan sesekali pernah berhenti menyayangi dia. Tunjukkan kasih sayang kau kat dia. Ini tak, dah lama kahwin, mula la nak menjauh. Bergurau senda pun tak dah. Isteri ajak bersweet sikit kau kata buang tabiat. Kemon guyss, jangan ingat kahwin tu nak bahagia masa mula-mula je.

Sesibuk mana pun kau, jangan lupa cari masa untuk isteri dan anak-anak. Tinggalkan sekejap kerja yang kononnya bertimbun tu. Kerja sampai bila-bila pun tak habis. Gembirakan hati mereka, rezeki kau juga akan bertambah.

Bahagiakan isteri kau dan anak-anak. Nescaya segala urusan kau akan dipermudahkan Tuhan. Jangan kau je gembira lepak dengan kawan-kawan, tapi isteri kau sorang-sorang duk kemas rumah ataupun duk uruskan anak-anak. Tanggungjawab kau jangan abaikan.

***

Jangan ingat kalau kau dah mewahkan isteri kau, dia dah tak kisah apa kau nak buat. Tu kau silap. Kejujuran, kesetiaan, kasih sayang dan masa kau untuk dia itu lebih bernilai daripada wang ringgit. Sebab semua tu lagi susah nak dicari.