Thursday 20 October 2016

Namunku punya hati




Senyum mu tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mata ku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu


Namun ku punya hati
Juga gaya ku perasaan
Hidup ku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan


Tidak ku minta lahir ke dunia
Tidak ku duga cacat begini
Bukan ku minta kasih dan manja
Bukan ku rayu bantu simpati


Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua




#tidakkumintalahirkedunia
#tidakkumintamenyusahkanmanusia
#tidakkumintasegalagalanya

Wednesday 19 October 2016

Doa buat suami

Alfatihah
Selawat

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Kau ampunilah dosaku yang telahku lakukan
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Kau murahkanlah rezekiku yang trhalang
Kau permudahkanlah segala urusanku dan elakkan dari kesulitan


Ya Allah,
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash, berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu, kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu, limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu, peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu, berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang, kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu, limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan, kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan, kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri, kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka, berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah,
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati


Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Friday 7 October 2016

Antara ayang dan zuriat

Assalamualaikum syg....
Andai satu hari nanti diberi pilihan, biarlah zuriat ini yang menjadi penyambung cinta kita, pilihla zuriatmu abang...die berhak mendapat kasih sayang daripada seorang bapa...ayang redha dan pasrah dengan ketentuan dan takdir Allah, mungkin itu jalan yang Allah tentukan untuk ayang...ayang bersyukur diberi kesempatan untuk mengandungkan zuriat abang, ayang bersyukur Allah temukan kita walaupun masa yang singkat, ayang bersyukur Allah takdirkan abang sebagai suami ayang terbaik dunia akhirat...tak ada sedikit pon cacat cela abang sepanjang menjadi suami ayang...abang melayan karenah ayang walaupun abang penat, tanpa paksaan, tanpa mengeluh....
Abang...ayang nak abang tahu, ayang sayang abang dunia akhirat...tak akan ada lelaki sebaik abang kat dunia nie...tak akan ada pengganti abang selepas abang nanti...inn shaa Allah..lov you 😭

Saturday 1 October 2016

Suamiku dunia akhirat

Sejak akhir2 nie ramai orang meninggal pasangannya lepas beberapa ari berkahwin..huhuhu YaAllah tidak dapat bayangkan perasaan ketika itu...huhuhu semoga suamiku dipanjangkan umur..

Dia suamiku