Tuesday 7 March 2017

KUAT SEORANG ISTERI KERANA SUAMI

Kuat seorang perempuan kerana lelaki, kuat seorang isteri kerana suami dan kuat seorang ibu kerana anak. Perempuan ni memang lemah dengan air mata, ada tersentuh hati sikit mesti penemannya air mata. Untuk kaum lelaki atau si suami yang kat luar sana, ambil masa beberapa minit jer untuk ingat dan renungkan pengorbanan isteri.

Isteri tak pernah jemu untuk buat kerja rumah, tiap-tiap hari buat perkara sama. Basuh baju, angkat baju, lipat baju, susun baju, kemas rumah. Memasak pulak, hari-hari duk fikir nak masak apa untuk suami dan anak. Menu kegemaran suami dan anak-anak dihidangkan kat rumah. Tiap-tiap hari jugak isteri memasak, kalau tak masak mesti suami dan anak lapar.

Bila mengandung selama 9 bulan, isteri ke hulur ke hilir bawak perut, bawak anak dalam kandungan tak pernah merungut sebab mengandung walaupun bila berjalan dah nampak macam pinguin. Saiz badan berubah dari slim kepada kembang semangkuk. Subhanallah..kuatnya isteri kamu berjaya menjalankan tanggungjawab.

Waktu nak bersalin, bayangkan rasa sakit tu macam mana. Wahai suami, isteri bertarung nyawa di dewan bersalin kerana kamu..kerana kamu suami..kerana zuriat kamu. Bayangkan kalau Allah ambil nyawa isteri kamu ketika bersalin, mampukah kamu menjalankan tanggungjawab dan kerja harian isteri seperti kat atas?

Beribu-ribu urat isteri putus ketika bersalin, itu belum lagi rasa sakit kena jahit kat bahagian situ , sakit urat dan lain-lain sakit selepas bersalin. Bermacam-macam perkara berlalu ketika tempoh berpantang.

Bila dah lahirnya zuriat kamu, gigihnya isteri menyusu anak sebaik mungkin, bersengkang mata sepanjang malam, tidur-tidur ayam demi keluarga. Kemudian rutin harian bermula seperti biasa,isteri bekerjaya ke pejabat menjalankan tugas-tugasnya membantu suami mencari rezeki, balik kat rumah terus jalankan tanggungjawab sebagai isteri untuk suami dan ibu untuk anak. Kuatnya isteri.

Wahai suami ku..
Terima kasih kerana menjadi kekuatan buatku..
Awak yang teristimewa buat saya..
Saya sanggup korbankan apa saja untuk awak...
Maafkan saya andai ada kesilapan...

Nukilan Seorang Isteri Buat Suaminya....
Terima kasih sayang...