Friday 29 December 2017

Zuriat


Dalam soal zuriat, Allah akan bagi pada waktu yang terbaik. Jika kita terkejut menerima awal dan tanpa kita ready pun, memang itu adalah waktu yang terbaik. Jika lambat dan kita ternanti-nanti, mengharap dan sedih. Memang itulah waktu yang terrrrrrbaik. Kita rasa kita mampu, tapi Allah lagi tahu. Allah Maha lagi Mengetahui untuk kehidupan kita.

Bila-bila waktu pun Allah mula merezekikan si comel untuk berada di dalam perut, 'itulah waktu yang terbaik untuk kita.' Yakinlah.

Usah marah, sedih, dan kecewa. Teruskan berdoa supaya setiap langkah kita disusun sesuai dengan perancangan kita.

Ada pengalaman kawan saya, sudah 10 tahun mendirikan rumahtangga, tapi belum ada rezeki. Tanpa disangka-sangka, Alhamdulillah baru-baru ini beliau selamat melahirkan seorang anak.

Sedih dia, cemburu, tidak putus asa berdoa, SABAR, lalu Allah 'mengurniakan' anugerah yang terindah di atas kesabaran dan sifat mengharapnya yang tinggi HANYA pada Allah.

Masing-masing ada cerita dia. Doa saya sentiasa untuk mereka yang terus meminta pada Allah.

☺️☺️

Kredit ustaz azhar idrus

Thursday 7 December 2017

Isteriku bidadariku

Tadi bangun-bangun tidur tengok semua jubah saya dah siap iron..cantik kemas dan lawa betul susunannya..

Fikir bila lah bidadari saya buat semua ini..dia tulis dekat kertas. Abang, maafkan sayang sebab selalu busy dengan anak-anak jer..jika ada kekurangan perhatian sayang untuk abang...i love u abang...suamiku..kekasih hatiku..

Ya Allah terus air mata saya mengalir. Sebab takde kurang apapun sempurna dah semuanya. Begitulah bidadariku  tak pernah salah tetapi sentiasa minta maaf dan sentiasa cakap terima kaseh..

Terasa terus nak pegang tangannya...

Sebenarnya saya yang patut minta maaf sebab sibuk ke sana sini jarang ada di rumah. Tanpa bidadari saya, tak mampu nak ceramah atau dakwah sana sini. Tak sanggup tinggal rumah tanpa orang yang lebih kita percayai jaga anak-anak lebih dari diri sendiri. Dialah pelengkap hidup diri saya dan anak-anak saya..bidadari saya anugerah Allah paling istimewa dalam hidup saya..

Dahsyatnya wanita. Mereka berkorban mereka minta maaf. Mereka mengadung dan bersalin sakit macam mati. Dan ada yang mati berkali-kali tetapi minta maaf masa nak bersalin pada suami..ya Allah..patut suami minta maaf sebab demi cinta kita belum titiskan setitik pun darah. Isteri kita dah titiskan darah, sakit macam nak mati, habis bentuk badan, sakit sana sini semasa mengandung dan tak tahu berapa banyak urat mereka putus..

Isteri yang beri masa menyusukan anak. Sibuk tolong layan anak membesar yang nak bermanja 24 jam. Nak buang air besar pun ketuk pintu bilik air. Tak sempat nak mandi dan buang air dengan tenang. Pergi ke mana pun kena bawa anak. Suami boleh naik flight ke sana sini. Mereka kena fikir siapa yang boleh jaga anak. Yang sesuai. Akhirnya batalkan percutian atau apa sahaja kerjanya. Tak sempat nak urus diri pun..

Anak nak berkepit 24 jam. Patutnya kita suami cakap terima kaseh atau paling utama bantu mereka bersama-sama..

Ramai suami mengadu dan merajuk dengan isteri...

Ini ada yang merajuk...Jealous dengan anak. Dari pagi sampai malam urus keluarga dan anak-anak. Tiba-tiba suami waktu nak bermanja tengok anak. Terus tidur merajuk. Ada yang terus keluar berjumpa kawan-kawan. Isteri lagi penat...

Agak-agak isteri tadi dahagakan kasih sayang tak? Bukankah mereka seperti kita juga dahagakan kasih sayang..mereka tiada siapa lagi dalam hidup mereka. Semua telah dikorbankan..tolonglah janganlah merajuk dengan isteri kita. Bantulah mereka. Ingat semula janji kita masa mula-mula dulu. Jagalah isteri. Sayangi isteri kerana Allah..

Terima kaseh bidadariku sayang...isterikuBidadari  -

Ustaz ebit lew