Wednesday 17 December 2014

Kehidupan

Kehidupanku...
Penuh ranjau tiada kesudahan
Penuh duri2 dan lautan berapi
Penuh pancaroba yang tidak disangka


Kehidupan...
Aku tergapai2 mencari jalan
Penglihatanku semakin kabur
Nafasku sesak menikam dada
Jiwaku merintih tersiksa
Tubuhku mengeletar kesakitan


Kehidupan...
Aku bertanya kepada diriku
Apakah dosaku, yaAllah
Apakah kesalahanku
Aku sering diuji, diuji, dan diuji
Sehingga aku sendiri tidak mampu
Tidak mampu berdiri lagi
Tidak mampu mengharunginya lagi
Tidak mampu tersenyum
Tidak mampu ketawa


Kehidupan...
Semoga aku menjadi seorang yang kuat
Bangkit membina kehidupan baru
Menggapai matlamat menggunung
Mencari sinar pada hari esok




Sunday 7 December 2014

Jodoh

Siapa jodoh sebenarnya?
Jodoh itu keras bertemu lembik, panas bertemu sejuk,api bertemu air, tegas bertemu lembut, becok bertemu pendiam dan sebagainya. Di setiap jodoh hambaNya, Dia menciptakan seorang itu bersikap positif dan seorang lagi bersikap negatif. Jodoh juga itu walau dihalang oleh sejuta makhluk diatas bumi pasti akan bersama jua tapi kalau bukan jodoh, walaupun halangan atau ujiannya hanya satu pasti tidak mungkin bersatu jua. Orang dulu-dulu cakap semakin banyak halangan, semakin besar dia adalah jodoh kita..Sebenarnya halangan dan ujian itu, hanyalah penyebab untuk membuatkan kita semakin memahami, semakin mengetahui hati masing-masing...
Ingatlah, Allah Maha Adil atas tiap2 sesuatu.

*Peringatan untuk diri sendiri juga..

Friday 28 November 2014

To My Future 'Tulang Rusuk'

Assalamualaikum...

Pertama sekali, aku bersyukur kerana Allah temukan kita. Aku tahu aku bukanlah wanita terakhir yang kamu ada. Aku tahu ramai lagi wanita diluar sana yang sempurna, yang kamu berusaha untuk mengenalinya. Tapi sekiranya kamu jodohku, kamu memilihku, aku akan berusaha memahami dirimu apabila hidup sebumbung nanti. Dan aku akan cuba menjadi isteri yang taat, solehah, menyanyangimu setiap hembus nafasku, yang dapat menjagamu ketika sakit, dan dapat berkhidmat seumur hidupku sebagai seorang isteri. Aku juga tahu, aku bukan wanita yang sempurna. Tiada sesiapa pun di dunia ini yang sempurna. Terimalah aku seadanya. Aku yakin yang kamu berpotensi untuk membimbing aku ke jalan yang lebih baik, yang dapat membimbing anak anak kita nanti.


Bakal suamiku yang dikasihi,
Sebagai wanita moden, aku tidak akan mengharapkan hantaran beribu-ribu atau berjuta-juta daripadamu. Ikutlah kemampuanmu, aku tidak mahu membebanimu. Kerana hantaran yang murah itu, adalah sebaik-baik wanita. Semasa aku menjadi isteri mu, aku juga tidak mahu wang berlebih-lebihan daripadamu kerana aku punya gaji hasil titik peluhku untuk aku berbelanja memanjakan diriku. Cukuplah sekadar mampu. Kerana aku bukan mengukur kemewahan dan kekayaan itu sebagai pengukur kebahagianku.


Bakal suamiku yang budiman,
Aku juga berharap agar kamu menjaga hubunganmu dengan ibu bapamu, kerana restu ibu bapa itu perlu dalam menjalani hidup di muka bumi ini. Jangan sesekali menyakiti hati mereka, dan senantiasalah mencari redha mereka kerana sekiranya ibu bapa redha, TUHAN juga akan merestui perjalanan kita. Sama jugalah dengan perhubungan kamu dengan ibu ku. Janganlah kerana aku sudah sah milikmu, kamu ketepikan mereka. Sesungguhnya kerana merekalah aku membesar dengan sempurna. Berterima kasihlah kerana mereka tabah dan sabar mendidik aku, sehingga dewasa begini. Aku juga akan membalas budimu dengan melayan ibu bapamu dengan baik sebagaimana tanggungjawabku terhadap ibu ku sendiri. Sesungguhnya wajib ke atas kita untuk menghormati mertua sebagaimana ibu bapa sendiri.


Bakal pemimpinku sayang,
Poligami itu memang hak dirimu yang mutlak dan tiadalah kuasa aku menghalang hukum ALLAH. Namun sekiranya sampai keperluanmu berpoligami, berterus teranglah dengan diriku agar aku dapat membuat persediaan dari segi mental. Aku wanita yang lemah, doakan lah aku tabah dan redha ketentuan ALLAH. Aku memahami perihal keperluan lelaki sehingga dibenarkan nikah lebih daripada satu, dengan syarat berlaku adil. Adil itu bukan pada kamu yang mengadili, tapi kami isteri yang diadili. Maka berlaku adillah semampu kamu, kerana aku percaya apabila timbul kemahuan itu, kamu sudah cukup muhasabah diri, menghakimi diri sendiri dan sudah bersedia menanggung dosa isteri-isterimu. Tidaklah sanggup aku melihat lelaki yang aku cintai berjalan dengan bahu senget sebelah di hari pengadilan nanti.

Aku adalah rusukmu yang bengkok, maka luruskanlah aku dengan kasih sayang. Aku tidak diciptakan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung, dekat pula di hati untuk dikasihi. Maka kasihilah aku seadanya, selagi layak aku dikasihi.


Buat bakal suamiku,
Daripada,

JuJu @ Bakal Isterimu

Someone

In a dream you appeared, for a while you were here, so I keep sleeping, just to keep you with me...

Friday 21 November 2014

Thank you for loving me ♥






It's hard for me to say the things
I want to say sometimes
There's no one here but you and me
And that broken old street light
Lock the doors
We'll leave the world outside
All I've got to give to you
Are these five words tonight


Thank you for loving me
For being my eyes
When I couldn't see
For parting my lips
When I couldn't breathe
Thank you for loving me
Thank you for loving me
I never knew I had a dream
Until that dream was you
When I look into your eyes
The sky's a different blue
Cross my heart
I wear no disguise
If I tried, you'd make believe
That you believed my lies


Thank you for loving me
For being my eyes
When I couldn't see
For parting my lips
When I couldn't breathe
Thank you for loving me
You pick me up when I fall down
You ring the bell before they count me out
If I was drowning you would part the sea
And risk your own life to rescue me


Lock the doors
We'll leave the world outside
All I've got to give to you
Are these five words tonight


Thank you for loving me
For being my eyes
When I couldn't see
You parted my lips
When I couldn't breathe
Thank you for loving me
When I couldn't fly
Oh, you gave me wings
You parted my lips
When I couldn't breathe
Thank you for loving me



**I love this song. Thanks for loving me.

Sunday 9 November 2014

Temuduga Latihan Separa Perubatan (Penolong Pegawai Farmasi)

Assalamualaikum....

Pada 30 Oktober yang lepas, saya menghadiri temuduga Latihan separa perubatan. 6 jawatan yang ditawarkan, antaranya ialah Jururawat, Penolong Pegawai Farmasi, Juru Xtray, Jurupulih Anggota, Penolong Perubatan dan Teknologi Makmal Perubatan. Pilihan pertama saya, Penolong Pegawai Farmasi, sebab sy minat bidang nie. Memang masa tue nervous gile, sb dapat angka giliran no 1..hahaha...menghitung minit aja nk masuk bilik penemuduga. Antara apa yang ditanya adalah seperti berikut:

Saya: Assalamualaikum...
Penemuduga: Walaikumussalam, dipersilakan duduk...sudah sarapan? Datang dari mana?
Saya : Sudah..saya datang dari Johor.
Penemuduga1: Owh..jauh juga tue..baiklah, perkenalkan diri kamu..
Saya: bla...bla..bla..(masa saya BM)
Penemuduga1: bla..bla..bla (banyak tanya soal family) ok baiklah, saya nak tanya pilihan pertama awak apa dan sebab anda memilihnya sebagai pilihan pertama..Apa organisasi yang mentadbir jawatan nie..
Saya: Pilihan pertama saya Penolong Pegawai Farmasi, sebab saya betul2 minat jawatan nie dari saya kecil lagi..yang saya tahu, Latihan Separa Perubatan adalah dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Penemuduga2: Apa contoh nama ubat yang kamu tahu?
Saya: Sebagai contoh, tramadol. Ubat tahan sakit.
Penemuduga2: Apa kesakitan yang awak selalu gunakan ubat nie dan berapa mg kandungannya.
Saya: blurrr...saya xpernah sakit..ubat nie atuk saya yang gunakan masa atuk saya sakit dulu..tapi maafkan saya puan, saya tak tahu berapa kandungannya.
Penemuduga1: ok tak apa, kalau kamu sakit kepala kamu makan ubat apa.
Saya: Paracematol (sebenarnya Paracetamol..hahahahaa)
Penemuduga1: Paracematol? Awak nak jadi farmasi. Tapi nama ubat pon salah.
Saya: Betul puan, saya yakin dengan jawapan saya tue. Bila saya diberi peluang nanti, saya akan gunakan sebaiknya untuk belajar.
Penemuduga1: Sebelum nie awak bekerja sebagai apa.
Saya: bla...bla...blaa
Penemuduga2: Awak dah tinggalkan sekolah 6 7 tahun, lepas nie awak nak sambung belajar lagi...awak rasa boleh ke untuk awak sambung belajar lagi?
Saya: Inn shaa Allah saya boleh. Belajar sampai bile2 puan, xmengira usia. Walaupun saya dah lama tinggalkan sekolah, tapi saya minat bidang nie. Sekiranya saya diberi peluang, saya akan belajar bersungguh2.
Penemuduga2: Baiklah (senyum)...sekarang terangkan pada saya. Sekiranya ad seorang Bangladesh tak tahh berbahasa melayu, dan awak nak terangkan bagaimana makan panadol dan ubat batuk seterusnya selepas 8jam..
Saya: bla..bla..bla..(speaking)
Penemuduga2: Sekiranya kamu dapat jawatan nie, kamu tak kisah ke dapat Sabah Serawak?
Saya: Saya tak kisah puan, sebab saya pon suke merantau negeri orang. (Hahahaa padahal xtahu nak cakap apa)
Penemudaga1: ok itu sahaja..ada apa2 soalan
Saya: Tiada puan. Terima kasih.
Penemuduga: sama2
Saya pun keluar dari bilik penemuduga..pehh nervousssnyaa...kat luar bilik pon di interview oleh calon2 lain..hahahhaa


*Peringatan untuk yang bakal ditemuduga, buatlah persiapan secukupnya apa jawatan yang dipilih. Jangan jadi macam saya :-P
Itu sahaja...resultnya maybe bukan rezeki saya :)