Sunday 9 November 2014

Temuduga Latihan Separa Perubatan (Penolong Pegawai Farmasi)

Assalamualaikum....

Pada 30 Oktober yang lepas, saya menghadiri temuduga Latihan separa perubatan. 6 jawatan yang ditawarkan, antaranya ialah Jururawat, Penolong Pegawai Farmasi, Juru Xtray, Jurupulih Anggota, Penolong Perubatan dan Teknologi Makmal Perubatan. Pilihan pertama saya, Penolong Pegawai Farmasi, sebab sy minat bidang nie. Memang masa tue nervous gile, sb dapat angka giliran no 1..hahaha...menghitung minit aja nk masuk bilik penemuduga. Antara apa yang ditanya adalah seperti berikut:

Saya: Assalamualaikum...
Penemuduga: Walaikumussalam, dipersilakan duduk...sudah sarapan? Datang dari mana?
Saya : Sudah..saya datang dari Johor.
Penemuduga1: Owh..jauh juga tue..baiklah, perkenalkan diri kamu..
Saya: bla...bla..bla..(masa saya BM)
Penemuduga1: bla..bla..bla (banyak tanya soal family) ok baiklah, saya nak tanya pilihan pertama awak apa dan sebab anda memilihnya sebagai pilihan pertama..Apa organisasi yang mentadbir jawatan nie..
Saya: Pilihan pertama saya Penolong Pegawai Farmasi, sebab saya betul2 minat jawatan nie dari saya kecil lagi..yang saya tahu, Latihan Separa Perubatan adalah dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Penemuduga2: Apa contoh nama ubat yang kamu tahu?
Saya: Sebagai contoh, tramadol. Ubat tahan sakit.
Penemuduga2: Apa kesakitan yang awak selalu gunakan ubat nie dan berapa mg kandungannya.
Saya: blurrr...saya xpernah sakit..ubat nie atuk saya yang gunakan masa atuk saya sakit dulu..tapi maafkan saya puan, saya tak tahu berapa kandungannya.
Penemuduga1: ok tak apa, kalau kamu sakit kepala kamu makan ubat apa.
Saya: Paracematol (sebenarnya Paracetamol..hahahahaa)
Penemuduga1: Paracematol? Awak nak jadi farmasi. Tapi nama ubat pon salah.
Saya: Betul puan, saya yakin dengan jawapan saya tue. Bila saya diberi peluang nanti, saya akan gunakan sebaiknya untuk belajar.
Penemuduga1: Sebelum nie awak bekerja sebagai apa.
Saya: bla...bla...blaa
Penemuduga2: Awak dah tinggalkan sekolah 6 7 tahun, lepas nie awak nak sambung belajar lagi...awak rasa boleh ke untuk awak sambung belajar lagi?
Saya: Inn shaa Allah saya boleh. Belajar sampai bile2 puan, xmengira usia. Walaupun saya dah lama tinggalkan sekolah, tapi saya minat bidang nie. Sekiranya saya diberi peluang, saya akan belajar bersungguh2.
Penemuduga2: Baiklah (senyum)...sekarang terangkan pada saya. Sekiranya ad seorang Bangladesh tak tahh berbahasa melayu, dan awak nak terangkan bagaimana makan panadol dan ubat batuk seterusnya selepas 8jam..
Saya: bla..bla..bla..(speaking)
Penemuduga2: Sekiranya kamu dapat jawatan nie, kamu tak kisah ke dapat Sabah Serawak?
Saya: Saya tak kisah puan, sebab saya pon suke merantau negeri orang. (Hahahaa padahal xtahu nak cakap apa)
Penemudaga1: ok itu sahaja..ada apa2 soalan
Saya: Tiada puan. Terima kasih.
Penemuduga: sama2
Saya pun keluar dari bilik penemuduga..pehh nervousssnyaa...kat luar bilik pon di interview oleh calon2 lain..hahahhaa


*Peringatan untuk yang bakal ditemuduga, buatlah persiapan secukupnya apa jawatan yang dipilih. Jangan jadi macam saya :-P
Itu sahaja...resultnya maybe bukan rezeki saya :)

2 comments:

  1. Mana jawapan untuk bangladesh tu?? Sebab saya pernah ditanya soalan tu. Awak jawap apa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jawab bi tok patient yg xreti cakap bahasa melayu tue.. ataupun kalau ada kawan2 die kat situ, awak suruh kawan die jd transleteer

      Delete