Saturday 28 February 2015

Temuduga Pembantu Tadbir Lembaga Lebuhraya Malaysia

Assalamualaikum wbt...

Hari ini saya nak bercerita pula pengalaman saya ditemuduga jawatan Pembantu Tadbir N17 di LLM tempoh hari...seperti didalam surat tawaran, saya dikehendaki hadir pada pukul 8pagi...disebabkan hp nie waze tak berapa nak betul, saya gerak pada pukul 6setengah pagi dari Gombak. Jauh juga LLM nie sebenarnya,  dekat Kajang...Dari Gombak ke Kajang melalui Lebuhraya Utara Selatan...disebabkan bangunan nie tepi jalan, so daripada jauh saya dah nampak...datang temuduga pon seperti biase, berseorangan...hidup always lonely.

Selepas sesi berdaftar, pegawai yang bertugas mengarahkan saya untuk tidak mempamerkan sijil ijazah yang ada..katanya memohon jawatan spm, tidak perlu menunjukkan ijazah...sebab kemungkinan besar, saya lah orang pertama yang mereka suruh balik...huhu memang benar... setelah sampai giliran, saya pon masuk..amboi, ramainya penemuduga..jawatan 3 aje yang kosong, penemuduga 6 orang, seorang je lelaki...yang ditemuduga penuh bilik mesyuarat tue..huhu setelah memberi salam dan memperkenalkan diri saya ditanya:

Penemuduga: Dari mana kamu datang dan ceritakan pengalaman bekerja sebelum ini.
Saya : bla bla bla
Penemuduga: Berapa tahun dah tinggal belajar? 
Saya: bla bla bla
Penemuduga: Kenapa berhenti bekerja
Saya: bla bla bla
Penemuduga: Berdasarkan keputusan spm, saya dapat agak kamu pelajar pintar. Selepas spm, kamu sambung belajarkan?  
Saya: Ye saya tuan. Saya mengambil ijazah sains (ayo tak dapat nak selindung, hahaha)
Penemuduga: Berapa CGPA kamu
Saya: bla bla bla
Penemuduga: Keputusan kamu sangat bagus..kamu tak rasa rugi ke tak ambil jawatan ijazah?  Tak rasa rugi ke kalau diberi peluang bekerja kamu tak akan ad kaitan langsung dengan apa yang kamu belajar...kamu sebenarnya tak paham konsep kenaikan pangkat.
Saya: Sebenarnya bidang apa pon yang saya ambil, tak semestinya kita akan berkerjaya dalam bidang tersebut...semua tue bergantung juga kepada rezeki masing2..saya tak berasa rugi, sebab belajar tue untuk mendapatkan ilmu..saya tahu ia hanya contract, dan bila2 masa sekiranya saya tidak diperlukan saya akan diberhentikan..saya hanya ingin mencari rezeki halal.
Penemuduga: Apakah aktiviti kamu pada masa lapang
Saya: Membuat kek, membaca novel dan mebuat aktiviti kemasyarakatan.
Penemuduga: Kenapa kamu tak mencari kerja apa yang kamu belajar?  Berapa lama kamu menganggur? 
Saya: Saya sudah mencari, tetapi kebanyakan syarikat hanya memerlukan pekerja yang berpengalaman. Sekiranya kami tidak diberi peluang, bagaimana kami ingin mendapatkan pengalaman tersebut...saya graduat pada tahun 2012.
Penemuduga: Baiklah, apakah yang kamu paham dengan LLM? Apakah kaitan syarikat konsesi dengan LLM? 
Apa yang kamu paham dengan LLM? Kenapa plus yang mengutip tol? Bukan LLM? 
Saya: bla bla bla...(tak berapa confident, sebab tak tahu...huhu)
Penemuduga: ok, melalui laman web LLM, adakah anda berpuas hati? Adakah laman web itu memudahkan masyarakat dan pengguna? 
Saya: bla bla bla (seriously tak tahu, sebab laman die sgt crowded dengan tulisan)
Penemuduga: Jawapan kamu tidak tepat, ada soalan lain? 
Saya: Tiada tuan puan.
Penemuduga: Baiklah itu sahaja, keputusan akan diberitahu kemudian. Terima kasih
Saya: sama2.

*Sebenarnya, ramai lagi graduan lepasan diploma, ijazah diluar sana yang masih mencari kerja. Sekiranya kami tidak diberi peluang, bagaimana kami ingin menunjukkan kebolehan kami..huhu kebanyakan syarikat sekarang hanya ingin pekerja yang berpengalaman sahaja. Disebabkan ramai graduan, peluang tue hnya tipis...mereka yang petah bercakap, dan tahan di physho sahaja biasenya yang lepas..macam mana saya yang pendiam nie...huhu memang benar, rezeki Allah tue luas, kadang2 saya pon terfikir, bila la nak sampai rezeki saya tue..adakah hidup saya sampai disini sahaja?  penganggur selamanya?  Banyak dah temuduga yang saya hadiri, tapi tak ada satu pon yang diberi peluang..belum kira syarikat swasta...kalo nak dikira beribu2 dah habis..kami pon bukan orang senang, kadang2 rasa bersalah sangat pada mama, akak2 dengan En tunang..huhu banyak dah saya susahkan die orang sebenarnya..saya surrender (sambil angkat bendera putih), saya betul2 putus asa...

5 comments: