Friday 3 April 2015

Temuduga Pembantu Akauntan W17

Assalamualaikum....

Alhamdulillah....

Pada 3hb March 2015, saya dipanggil untuk temuduga sebagai jawatan Pembantu Akauntan W17...pangkat SPM aje...huhu sehari sebelum interview tue, tumpang tido kat umah pakcik, Simpang Renggam...sebabnya esoknya pukul 8pg dah kena daftar...highway Bukit Gambir - Simpang Renggam, memang berliku2...tak serupa pon dengan highway KL - Bukit Gambir...bahaya jugak kalo sorang2 perempuan nie sebab kebanyakan jalannya tak ada lampu...pada esoknya, gerak sejam awal, lebih kurang pukul 6suku pagi..dr Simpang ke Majlis Daerah Pontian, jauh jugak tue..alhamdulillah, tuju jugak tempat tue...waze dah ok, hp bau kedai katakan..thanks my fiancee, hehehe jam tepat 7.45am, saya pon tuju la ke dewan pendaftaran, pada hari tersebut ada tiga jawatan kosong yang bakal ditemuduga; Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kerani dan Operasi) dan last one Pembantu Kewangan...ramainya bakal yang ditemuduga...tiga jawatan tapi yang dipanggil satu dewan...nampak tak kat situ sekarang ramai masyarakat Malaysia yang kekurangan kerja, termasuk saya...huhu masa tue, disebabkan datang awal, saya mendapat giliran yang ke5...setelah dipanggil masuk ke bilik penemuduga, berikut adalah dialog kami:

Sambil ketuk pintu, sambil saya masuk..masya Allah, ketatnya muke penemuduga...hahahaa berderau darah den nak masuk eh...

Saya: Assalamualaikum
Penemuduga Pertama: Walaikumussalam...baiklah ceritakan diri kamu, keluarga kamu, pekerjaan sekarang dan tahap akademik tertinggi
Saya: bla bla bla (cerita sampai spm)

Penemuduga Pertama: Baiklah, berapa majlis daerah yang terdapat di Johor dan terangkan satu2...
Saya: bla bla bla (actually Majlis Daerah Johir ada 10, Majlis Daerah Ledang dan Majlos Daerah Tangkak digabungkan tetapi saya jawab diasingkan, nampak dah kat situ salah)

Penemuduga Pertama: Apakah aktiviti sosial yang kami sering lakukan
Saya: bla bla bla (saya menjawab saya sertai Kelab Anak Yatim dan Miskin Cemerlang Kebangsaan atau lebih dikenali SANTUN dan terangkan program yang dianjurkan)

Penemuduga Kedua: Kamu ada sertai seni pertahankan diri. Bolehkah kamu mengajar?
Saya: bla bla bla

Penemuduga Pertama: kamu sudah 4 bulan menganggur, adakah kamu rasa boleh bekerja semula?  Adakah kamu tidak lupe bagaimana cara bekerja dipejabat? 
Saya: bla bla bla (ikotlah keyakinan diri sendiri)

Penemuduga kedua: Apakah yang dimaksudkan dengan cash book?  Terangkan..
Saya: Apa yang saya paham cash book adalah buku tunai dimana kewangan syarikat keluar masuk (hahaha, seriously xtahu nak jawab apa, muke penemuduga dua2 memang ketat gile..stress agaknya temuduga saya...huhu)

*moral of the story, berusaha, berdoa dan bertawakal..inn shaa Allah jika rezeki itu milik saya tak akan ke mana...kuatkanlah hati nie...huhu redhakanlah...ingatlah, besarnya ujian dan dugaan yang Allah beri, pasti besar dan bermakna lah hikmah disebaliknya..amin

No comments:

Post a Comment