Monday 18 May 2015

Temuduga Latihan Separa Perubatan (Jururawat Pelatih U29)

Update****


Assalamualaikum....

Pada 8hb April, saya dipanggil sekali lagi menghadiri temuduga oleh SPAM. Tapi jawatan kali ini diberi pilihan sama ada Jururawat, Pembantu Pegawai Farmasi, Pembantu Juru Xray, Pembantu Pegawai Perubatan, Pembantu Kesihatan Persekitaran, dan last sekali Juruteknologi Makmal Perubatan. kali ini, my first choice is Nursing. Hehehee menarik sebenarnya, sebab ada pengalaman menjaga atok kat kampung nie. Almaklumlah sekarang pon tanam anggur. Hehee

Disebabkan pusat temuduga saya pilih di Melaka, drive la kete dr Muar lepas Subuh, dalam pukul 6setengah pagi. kali ini, jiran nk ikot. Sampai Perpustakaan Awam Melaka tue dalam pukul 7setengah pagi. Siyesly sebelum nie iv kat bangunan SPA je kat Bangunan99, tapi kali nie dah bertukar. Huhu Aigooo...tak ada orang lagi. Hahahaa ingatkan salah tempat, sebab biasanya akan ada la orang lain yang sampai dulu. Masuk je perpustakaan tue, 10minit sebelum pukul 8pagi. Yes, my name is first. Hahaha tak tahu la kenapa, kalau iv je mesti nama first. Lepas je daftar, isi borang... duduk la kat tempat menunggu, baru je nk duduk loceng dah bunyi. Cepatnya..hahahaa xsempat nk prepare pape. Siyesly berdebar walaupun dah banyak kali pergi iv. Masuk aje bilik tue, ketuk pintu lepastu pass fail kat penemuduga. Ok, dua2 nampak sporting. Senyum je. Ok, dah tak gabra. Hahaa Saya pun mintak izin nak duduk. 

Pengerusi: Nama siapa. 
Saya: bla... bla... bla... panggil saya Juliana.

Pengerusi: Kamu datang dari mana tadi. Datang dengan siapa?  Family hantar? 
Saya: Muar tuan. Saya datang dengan kawan tadi, die temankan saya.

Pengerusi: Baiklah, ceritakanlah diri kamu, ikotlah bahasa yang kamu selesa.
Saya: Speaking (hehe sb memang selalu dalam bi...cerita la tentang family, study, hobi, aktiviti masa lapang) bla bla bla

Pengerusi: Ayah kamu meninggal macam mana?  Bila?  Dimana?  Kerja apa
Saya: Ayah saya meninggal semasa saya berusia 2tahun. Masa tue die bekerja sebagai driver lori, kat Negeri Sembilan. oleh itu, ibu saya yang membesarkan kami 3 beradik, sampai sekarang. Ibu bekerja di kilang sahaja.

Pegerusi: ooo.. kami tumpang simpati. tak apa, yang ada sekarang nie kita kena teruskan hidup ya Juliana
Saya: Ha'a (sebak pulak dia begitahu macam tue, huhu)

Pengerusi: Apa yang awak paham tentang GST? 
Saya: Ok, apa yang saya paham tentang GST, ialah cukai kepenggunaan 6% dimana menyatukan antara cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Ia menggantikan sistem SST. Contoh barang atau perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai adalah pendidikan, perubatan, makanan asas seperti beras, susu tepung bayi, bawang, ikan dan sebagainya. 

Pengerusi: ok, awak kerja ke tak sekarang? 
Saya: Saya dah resign tahun lepas. Habis sahaja belajar saya kerja di bla bla bla. Tak kan saya nak kerja disana sampai bila2, saya nak masa depan saya lagi terjamin. Saya mahu membantu keluarga saya.

Pengerusi: Jadi awak pernah bekerja la ye.. habis sekarang tak bekerja jadi awak buat apa?  
Saya: Sekarang saya jaga atok saya yg menghidap oestereporosis. Atok saya tak boleh berjalan dah hanya bergantung kepada kerusi roda. 

Pembantu pengerusi: Jadi awak ada terima apa2 bantuan tak? 
Saya: tiada

Pembantu Pengerusi: oo...sebelum nie awak ada terima mana2 belajar tak, kolej ke apa? 
Saya: Tidak. Saya lepas sahaja habis belajar saya bekerja.

Penolong pengerusi: ok, baiklah. Apa yang awak paham tentang jururawat? kenapa awak pilih jawatan ini berbanding jawatan yang lain? 
Saya: Pada saya jururawat bukan sahaja membantu dokter, tetapi mereka membantu pesakit dari segi makan dah minum, memberikan ubat2 mengikut masa yang telah ditetapkan, menjaga kebersihan pesakit bagi mengelakkan dijangkiti penyakit lain di wad. Di samping itu, jururawat juga mentadbir klinik kesihatan, menguruskan kesihatan keluarga, bidan kampung dan menyimpan rekod2 keluarga. 

Penolong Pengerusi: Apa maksud kamu jururawat membantu dokter? 
Saya: Pada saya, jururawat membantu dokter contoh di wad bedah. Jururawat yang memberikan peralatan pemedahan bagi membolehkan pemedahan berjalan dengan lancar.

Penolong Pengerusi: Bagaimana ciri2 seorang jururawat yang perlu ada? 
Saya: Pada saya, yang paling utama untuk menjadi seorang jururawat adalah penyabar. Hal ini kerana, kita akan berdepan dengan berbagai-bagai pesakit, ada yang cerewet ada yang panas baran. Disamping itu, kita hendaklah bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan. Ikhlas membuat kerja adalah yang terpenting kerana jika kita tidak ikhlas, kita akan menganggap sesuatu pekerjaan yang kita lakukan itu akan membebankan diri sendiri.

Penolong Pengerusi: Baiklah, bagaimana sekiranya kamu mendapat pesakit yang panas baran? 
Saya: Saya suka senyum. Jika saya mendapat pesakit sebegini, kita tak boleh marah dia balik. Ini kerana memang tugas kita, tanggungjawab kita berhadapan dengan dia orang. Sekiranya mereka tidak berpuas hati, kita cakaplah cara yang elok. Slow talk. Tak ada jalan penyelesaian sekiranya masing2 ego dengan diri sendiri. (Hahahaha bila pk balik tergelak2 teringat jawapan ini, macam bajet bagus jw..hehehee)

Penolong Pengerusi: Ok, apa komen anda tentang baju jururawat. 
Saya: Saya tiada komen, tetapi saya cuma mahu cakap yang saya suke baju dia. Putih je. Cantik, snart kalau pakai. (Hahahahahahaa tak tahu nak jawab apa, tak expect pon akan soal nie)

Penolobg Pengerusi: Betul ke, majoriti jururawat ini memilih yang cantik aja? (Sambil tersenyum)
Saya: (Alamak apa soalan nie, hahaha saya tergelak masa tue). Tak ada lah puan, pada saya cantik tue subjektif. Maybe disini maksud cantik adalah dari  segi akhlaknya. Tak semestinya orang yang tak cantik, tak dapat menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan sempurnakan. Pada saya yang paling utama adalah menjaga penampilan. Kerana, kita akan berjumpa bermacam2 pesakit dari kalangan masyarakat. Penampilan melambangkan diri masing2. Dengan penampilan yg kemas,kita dapat menjaga nama baik jabatan. (Ok, dia senyum dengar jawapan saya, hehe)

Penolong Pengerusi : ok, sebelum kita berhenti disini, apa janji kamu kepada kami?  Apakah kelebihan yang kamu ada berbanding yang lain? 
Saya: Saya tak berani menjanjikan apa2, tetapi saya cuma mampu bercakap, sekiranya saya diberi peluang saya akan gunakan peluang yang ada ini sebaiknya. Memandangkan kali ini sudah 3kali saya iv jururawat. Saya akan menggalas tanggungjawab yang diberikan. Saya rasa, saya layak menyandang jawatan ini kerana saya seorang yang bijak mengatur masa. Saya yakin, saya dapat menyiapkan kerja yang diberi tanpa menangguhkannya. Disamping itu, saya mampu bekerja secara berkumpulan untuk mencapai visi dan misi jabatan. Saya juga berkebolehan untuk berkomunikasi dengan baik dan mampu menerima kritikan dan teguran pihak atasan. Pada saya kritikan itu, adalah pembakar semangat kepada saya untuk menjadi yang lebih baik. Dan yang terakhir, saya boleh menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan. (Hahaha dalam hati, yeke saya boleh macam tue)

Penolong pengerusi: Ok kalau macam tue, kita boleh tutup sampai disini sahaja. (Baru nak bangun, pengerusi tue panggil). 
Pengerusi: Sekejap ye Juliana, saya ada nak tanya awk lagi (sambil tersenyum). Awak nie memang study betul2 ye..hehehe sebab awak tahu semuanya.
Saya: Hehe ha'a saya study, sebab kali nie kali ke3 saya iv jururawat. Saya betul2 berminat dengan perubatan ini. Saya memang buat persedian sepenuhnya. Cuma rezeki saya belum sampai lagi.

Pengerusi: kalau macam tue, sebagai contoh la. Kamu gagal juga kali ini, kamu nak mohon lagi ke atau nak cari kerja lain.
Saya: Mesti saya memohon lagi. Hehe saya tak akan putus asa macam mana sekalipon. Saya jenis apa saya nak, wajib saya dapat. Hehehee

Pengerusi: Jadi apa lagi yang kamu study? (dengan nada yang sangat berminat)
Saya: Saya study ubat2, penyakit pon ada. isu2 semasa pon ada.

Pengerusi: Baiklah cube cerita pada saya.
Saya: Yang mana tuan, hehe

Pengerusi: Mana2 yang awak tahu. 
Saya: Baiklah, saya cerita tentang ubat2 la ye. Apa yang saya tahu, ubat aspirin la sebagai contoh. Ubat nie ada dua fungsi; pertama ubat tahan sakit seperti sakit kepala, migrain dan sakit otot. Fungsi kedua, mencairkan darah. Dimana ia akan menyebabkan pengurangan penghasilan prostaglandin dimana ia berfungsi untuk membekukan darah. Biasanya diambil oleh penghidap strok. Dosnya pula, jika diambil untuk ubat tahan sakit, 300mg sehingga 900mg setiap 4jam hingga 6jam sekali. Jika untuk mencairkan darah, 75mg sehingga 325mg sekali. Tetapi mengambil aspirin untuk mencairkan darah, ada kesan sampingan. Dimana ia akan mengurangkan penghasilan prostaglandin dimana ia juga berfungsi menjaga ketebalan perut. Oleh itu, pesakit perlu ambil selepas makan, jika tidak mereka mudah mendapat ulcer perut dan keradangan perut.

Pengerusi: Baiklah. Kalau macam tue, kamu ada soalan lain sebelum kita tutup sesi ini? 
Saya: Saya tak ada soalan, tapi saya cuma berharap saya diberi peluang untuk menggalas jawatan ini. Sekiranya saya diberi peluang, saya akan bersungguh-sungguh . Saya tetap tak akan berputus asa walau macam mana sekalipun untuk mendapat jawatan ini. Kerana ia merupakan cita2 saya semenjak kecil lagi. (Ok, ayat goreng hehe)

Pengerusi: ok Juliana, tapi kami tak dapat menjanjikan apa2 kepada kamu. Pihak pengurusan SPAM yang menentukan kamu layak atau tidak untuk mendapat jawatan ini. Cuma saya mampu cakap, jangan berputus asa sekiranya kamu tidak tercalon. (Ok, down rasa die bagitahu macam tue, huhuhuhu)
Saya: baiklah tuan. (Saya bangun sambil ambil fail)

Penolong Pengerusi: ok, sesi dah habes. Kita bercakap diluar la ye. Sebenarnya sijil Program Sireh Pulang ke Gagang tue apa? 
Saya: Sebenarnya, program itu adalah anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dimana ia mengumpulkan anak2 yatim dan miskin seluruh Malaysia. Sebagai contoh program yang saya pernah hadiri, di Pulau Perhentian. Dimana saya menjadi fesi untuk membimbing dan memberi semangat kepada pelajar disana untuk menjadi seorang yang berjaya. Harta dan kedaifan bukan penghalang seseorang untuk berjaya, malah hal ini sepatutnya menjadi pembakar semangat untuk mengubah kehidupan keluarga. (Selepas penolong pengerusi mendapat jawapan, dia tersenyum dan saya mengucapkan terima kasih). 

Sesi pon habes. Woooww sejuk yang amat tangan macam dalam almari ais. Hahahaa lepas tue, jom jalan2

Ok sempat selpie sebelum masuk bilik TemUduga. Hehehe jumpa akhirnya bangunan nie


Sempat release tension, karok dulu. Hahahaa


Opppss. Formalnya pergi karok pon pakai baju kurung. Berkasut lagi. Hehee


*ok, situ sahaja pengalaman saya. Jawapan berjaya atau tak, 18hb nie. Doakan kejayaan saya ye.. hehehe!!! 


Alhamdulillah...berkat usaha, doa n tawakal...kesabaranku selama nie mencari kerja, dapat jugak tawaran first choice tue, tgu surat sampai n medical checkup..kalo lulus baru leh daftar...myfiancee, sanggup ke awk tunggu lagi 3tahun???? 

No comments:

Post a Comment