Saturday 23 September 2017

Poligami

Sy pernah menonton di Youtube, seorg wanita berbangsa Arab, dia di beritahu oleh suami nya bahawa dia ingin berkahwin lain.
Si suami memang saudagar kaya.
Cukup syarat dari segi agama dan duniawi utk dia tambah seorg isteri baru.

Sebagai seorg perempuan, dan manusia biasa adalah fitrah kita berase sedih dan kecewa.

Lalu wanita ini mendapat kan khidmat kaunseling.
Kaunselor tu memberi nasihat dari sudut psychology manusia:

1. Jika ade perkara yg membuat kan kita bersedih/kecewa/marah; tunggu 72jam utk tengok adakah kita masih di fasa yg sama. Jika sama; maka harus lah berbuat sesuatu utk menyelesaikan nya.
Dan jika tidak, maka ia nya tidak penting dan abai kan sahaja.

Wanita ini pulang dan memberi ke izinan suami nya berkahwin lain.
Lalu ia mengira 72 jam berikut nya. Maka ia masih terganggu. Lalu ia berjumpa kaunselor itu kembali.

2. Sabar selama 21 hari. Manusia akan berubah habit apabila melewati 21 hari pd rutin yg baru daripada yg asal nya. Dan habit yg baru akan jd kebiasaan nya pula.

Wanita ini pulang, dan berbuat segala rutin harian nya seperti biasa kecuali  rutin yg berubah ialah dia terpaksa menunggu giliran hari suami nya pulang. Iaitu 3 hari dalam seminggu.

Melewati 21 hari, si isteri telah mulai merasa biasa terhadap ketiadaan suami nya dan diri nya di madu. Namun masih berbaki rase sedih. Dia pergi berjumpa kaunselor.

Kaunselor tersebut berkata, jumpa sy kembali jika semua perasaan kamu neutral. Tiada sedih, marah, atau kecewa.

3 bulan kemudian, si isteri itu berjumpa kaunselor itu kembali.

Kali ini kaunselor itu terkejut. Dia mengatakan bahwa dia tidak menyangka akan berjumpa si isteri itu kembali.
Si isteri tersenyum dan berkata, sy sudah tidak merasa kan apa apa!

Jawab kaunselor;
Itu petanda tidak baik. Ini bermakna kamu sudah tidak lagi mencintai lagi suami kamu.
Sedangkan di dlm adik beradik ade sifat cemburu sesama sendiri apabila terpaksa berebut kasih sayang dan perhatian mak ayah.
Inikan pula cinta yg bersulam kan nafsu.

Si isteri pulang, dan memberitahu suami nya bahawa dia sudah tidak mencintai suami nya lagi. Dia telah mencuba selama 3 bulan itu utk menerima cinta yg di dua kan.

Si suami cuba bertanya kembali adakah kamu tidak mahu mengejar syurga dgn redha berpoligami?

Jika aku tidak ikhlas dan redha dlm melayan kamu, neraka lah tempat ku!
Jwb si isteri lg, aku masih punyai mak ayah. Masih lg aku layak mengejar syurga mereka dgn berbakti walau tanpa kamu.

Jika mak ayah kamu telah pergi?

Jawab isteri,
Aku punyai agama utk aku perbaiki diri. InsyaAllah itu jihad terbesar aku melawan nafsu. Akan ku kejar syurga itu jua.

Lalu si suami berkata,
Kamu harus sedar, suami bukan hak milik seorang isteri.

Jawab si isteri;
Ya benar, segala nya bukan milik siapa siapa. Milik Allah swt semua. Hati ini terutama nya. Milik Allah swt.

Balas si suami :
Baiklah, akan ku lepas kan kamu. Tapi beritahu pd diri ku. Adakah aku tidak berlaku adil?

Balas si isteri :
Seorg mak juga tidak mampu menyayangi kesemua anak nya sama rata, apakah yg kamu rasa? Jika kamu mencintai aku sebanyak mana aku mencintai kamu, nescaya tiada yg ke dua.

Lalu mereka membawa haluan masing masing.
Ternyata benar kecewa nya si isteri hingga hilang nya rasa cinta. Setelah berusaha, berdoa dan bertawakal.

No comments:

Post a Comment