Ya, aku bukan manusia yang sempurna. Aku banyak melakukan dosa. Sejarah hitamku, sejarah hidupku penuh dengan noda dan godaan syaitan. Manusia mana yang tidak pernah sekalipun melakukan kesilapan. Siapalah aku, ya Allah, hanya manusia kerdil yang berusaha kuat untuk mengharungi ujianMu. Dimana jatuhnya aku, bangunnya aku, kau sahaja yang berada disampingku selain keluargaku, sahabatku, dan orang yang aku sayangi. Aku cukup hina, ya Allah. Aku malu dengan diriku sendiri. Malu denganMu. Malu dengan sikapku. Malu dengan akhlakku. Bimbinglah aku ya Allah, daripada aku terus hanyut dengan duniawi. Bimbinglah aku untuk redha dengan ujianMu. Bimbinglah aku untuk terus bangkit dan sentiasa beribadah kepadaMu. Jauhkanlah aku daripada segala bencana dan malapetaka. Jauhkanlah aku daripada sikap tamak dan haloba. Jauhkanlah aku daripada sikap was-was yang tiada kesudahan. Amin...
No comments:
Post a Comment