Allah allah allah... macam2 dugaan terpaksa ditempuhi... hari ini aku tewas... aku tewas.. air mataku jatuh membasahi bumi.. Aku redha dengan setiap ujianMu..andai itu yang terbaik untuknya... andai itu takdirnya
Before you start to judge me, step into my shoes and walk the life im living and if you get as far as i am, you will see how strong really i am. Dont judge me until you know me, dont underestimate me until you have challenged me, and dont talk about me until you have talked to me.
Monday, 24 July 2017
Andai itu takdirnya
Tuesday, 7 March 2017
KUAT SEORANG ISTERI KERANA SUAMI
Kuat seorang perempuan kerana lelaki, kuat seorang isteri kerana suami dan kuat seorang ibu kerana anak. Perempuan ni memang lemah dengan air mata, ada tersentuh hati sikit mesti penemannya air mata. Untuk kaum lelaki atau si suami yang kat luar sana, ambil masa beberapa minit jer untuk ingat dan renungkan pengorbanan isteri.
Isteri tak pernah jemu untuk buat kerja rumah, tiap-tiap hari buat perkara sama. Basuh baju, angkat baju, lipat baju, susun baju, kemas rumah. Memasak pulak, hari-hari duk fikir nak masak apa untuk suami dan anak. Menu kegemaran suami dan anak-anak dihidangkan kat rumah. Tiap-tiap hari jugak isteri memasak, kalau tak masak mesti suami dan anak lapar.
Bila mengandung selama 9 bulan, isteri ke hulur ke hilir bawak perut, bawak anak dalam kandungan tak pernah merungut sebab mengandung walaupun bila berjalan dah nampak macam pinguin. Saiz badan berubah dari slim kepada kembang semangkuk. Subhanallah..kuatnya isteri kamu berjaya menjalankan tanggungjawab.
Waktu nak bersalin, bayangkan rasa sakit tu macam mana. Wahai suami, isteri bertarung nyawa di dewan bersalin kerana kamu..kerana kamu suami..kerana zuriat kamu. Bayangkan kalau Allah ambil nyawa isteri kamu ketika bersalin, mampukah kamu menjalankan tanggungjawab dan kerja harian isteri seperti kat atas?
Beribu-ribu urat isteri putus ketika bersalin, itu belum lagi rasa sakit kena jahit kat bahagian situ , sakit urat dan lain-lain sakit selepas bersalin. Bermacam-macam perkara berlalu ketika tempoh berpantang.
Bila dah lahirnya zuriat kamu, gigihnya isteri menyusu anak sebaik mungkin, bersengkang mata sepanjang malam, tidur-tidur ayam demi keluarga. Kemudian rutin harian bermula seperti biasa,isteri bekerjaya ke pejabat menjalankan tugas-tugasnya membantu suami mencari rezeki, balik kat rumah terus jalankan tanggungjawab sebagai isteri untuk suami dan ibu untuk anak. Kuatnya isteri.
Wahai suami ku..
Terima kasih kerana menjadi kekuatan buatku..
Awak yang teristimewa buat saya..
Saya sanggup korbankan apa saja untuk awak...
Maafkan saya andai ada kesilapan...
Nukilan Seorang Isteri Buat Suaminya....
Terima kasih sayang...
Wednesday, 11 January 2017
Kesilapan besar lelaki kepada perempuan
Tahu tak , kesilapan besar lelaki nowadays adalah terlalu selesa membiarkan perempuannya hidup berdikari dan menguruskan hidupnya seorang diri . Its good for them but not healthy for the relationship , i tell you . Yup , perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala yang dia ingin tuju . Beli barang keperluan di pasaraya sendiri . Eat alone among the crowds . Menguruskan emosinya sendiri . Either menangis bawah shower . Atau seronok makan kek depan tv sendiri .Dan kamu tidak langsung bertanya rutinnya kerana kamu fikir tak banyak beza pada rutinnya setiap hari . Sibuk memenuhi kekosongan jiwa di media sosial , smartphone application atau game daripada mengambil tahu kekosongan pasangan sendiri . Samada kewujudan kamu disedari atau tidak.its same.sampai satu tahap dia akn fikir semua benda bleh buat so apa guna ada kamu lagi?
So, hati-hati...
True mark of an independent woman is you all know she can live without you . She may be 'extremely comfortable' with the ease at which she feels she can manage everything in her life . But dont take them for granted . Call , text or talk to her daily . Jadikan itu rutin walau di mana jua. Tak kan masa bercinta je chatting bagai..lepas nikah lagila kena buat benda-bendani. Walau kesibukan mengejar kamu . Walau masa mencemburui kamu . At least ask her - How hectic was your day today ? Did u sleep you well last night ? Benda yang kamu rasa remeh dan kecik untuk ditanya itulah yang sebenarnya mampu menyentuh hati dia , paling dalam . Dan sekurangkurangnya dia masih rasa you are still there in her life . Sesekali jadilah pendengar yang setia dan hargailah pasangan kita seadanya..
Saturday, 17 December 2016
Lahirnya zuriatku
Thursday, 20 October 2016
Namunku punya hati
#tidakkumintamenyusahkanmanusia
#tidakkumintasegalagalanya
Wednesday, 19 October 2016
Doa buat suami
Selawat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Kau murahkanlah rezekiku yang trhalang
Kau permudahkanlah segala urusanku dan elakkan dari kesulitan
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash, berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu, kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu, limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu, peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu, berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang, kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu, limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan, kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan, kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri, kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka, berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah,
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..