Monday, 5 November 2018

Ubatan anticonvulsant (Dilantin)

Tanggungjawab jururawat dalam pemberian Ubatan Anticonvulsant dilantin

1. Berikan penerangan tentang tujuan pemberian ubatan dilantin adalah untuk mengurangkan rebakan elektrik di otak supaya pesakit faham dan memberikan kerjasama

2. Beritahu pesakit kontraindikasi ubatan dilantin adalah diabetes mellitus, hamil atau ketagihan terhadap dadah supaya pesakit yang mengalami penyakit tersebut tidak mengambilnya

3. Beritahu kesan smpingan ubatan adalah muntah, loya dan mengantuk supaya pesakit paham

4. Amalkan prinsip 7R semasa pemberian ubatan untuk mengelak medico legal

5. Nasihatkan pesakit compliance pada ubatan walaupun berasa sihat dan tidak berhenti tiba2 kerana kesan sampingan adalah penyakit berulang

6. Nasihatkan pesakit tidak memandu selepas pengambilan ubatan kerana pesakit akan mengantuk, dan mengelak kecederaan

7. Nasihatkan pesakit jika terdapat tanda2 sawan semakin teruk, segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut

8. Lakukan penyiasatan EEG kepada pesakit untuk mengetahui keberkesanan rawatan

9. Dokumentasikan rawatan dalam carta ubatan dan laporkan segera kepada doktor jika berlaku sebarang keabnormalan

Suami minta poligami

Sekadar ingin berkongsi pengalaman saya mengendalikan seorang lelaki bernama suami yang ingin berpoligami. Saya seorang perempuan, saya tahu naluri orang perempuan (saya berumur 40 tahun) dan suami berumur 46 tahun. Saya selalu cuba memahami dan mendalami perasaan suami saya. Alhamdulilah, saya telah berumahtangga lebih dari 22 tahun (saya kahwin ketika umur saya 18 tahun seusai saja tamat SPM) dan telah dikurniakan 10 orang cahayamata.

Untuk pengetahuan puan, semenjak kahwin saya tak pernah bergaduh dengan suami saya, petuanya ringkas, ikut kehendak suami dan jangan bantah selagi tidak bertentangan dengan perintah agama sekalipun ia mungkin bertentangan dengan kehendak kita.

Lepas tu baru kita beri pendapat kita dan kehendak kita pulak, tentu suami akan sejuk hati dan juga akan mengikut kehendak kita. (of course pilihan awal pun kena lah tepat, nak pilih suami pun janganlah main sapu jer, mentang mentang tengok dia kereta besar terus setuju. Kalau dah cari suami hidung belang, kena lah tanggung sendiri akibatnya).

Orang lelaki juga kadang-kadang seperti budak budak perangai dia. Lagi kita resist, selagi tu dia akan insist. Sama dengan newton’s law of motion i.e action equals to reaction. So kalau kita ikut kehendak dia, dia akan lebih tenang dalam membuat keputusan dan segala urusan akan lebih mudah.

Suami seorang jutawan

Untuk makluman, suami saya ni dah jadi jutawan pada umur 40 tahun walaupun pada asalnya ketika kami mula mula bernikah dia cuma memandu Proton Saga. Beliau seorang yang berjimat dalam segala hal. Memang duit cash simpanan dia dah melebihi jutaan ringgit dan dia ada beberapa buah rumah sewa dan sebagai isteri saya tak pernah meminta apa-apa pun dari dia, semuanya atas ihsan pemberian dia.

Saya bersyukur kerana Allah temukan saya dengan sorang suami yang baik bila saya compare dengan orang lain yang mendapat suami yang tak bertimbangrasa. Alhamdulillah, sejak kami kahwin dan dikurniakan ramai anak, hidup kami tak pernah kesempitan kerana saya percaya berkatnya rezeki kami dan saya qanaah dengan apa yang ada.

Walaupun saya tak bekerja sejak kahwin, rezeki kami sentiasa bertambah especially selepas kami menunaikan haji. Semasa pergi ke Mekah menunaikan haji 10 tahun lalu, yang saya minta cuma hidup aman yang berpanjangan bersama kasih sayang anak dan suami. Dan Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya.Tapi kita kena faham, orang laki ni bila banyak duit, banyak pula cabarannya.

Memang ada kawan kawan dia yang menawarkan perempuan lawa dan janda muda untuk di jadikan isteri kedua. Tetapi seperti yang saya cakap, kalau kita berterus terang dengan suami kita, dia juga akan berterus terang dengan kita.Dia pernah mengajukan pada saya hasrat nak kahwin lagi atas alasan nak menolong seorang janda muda anak tiga. Saya dengan tenang cakap pada dia, kalau itulah yang lebih membahagiakan hidup dia, saya izinkan dan saya redha.

Seperti yang saya cakap, kita jangan lawan. Hati perempuan mana yang ingin berkongsi suami. Samalah seperti saya. Tapi kita kena simpan perasaan kita tu dulu, kita kena setuju dulu dengan kehendak dia. Kemudian kita kena tunjuk pada dia kasih sayang kita yg tak berbelah bahagi walaupun dia telah menyatakan hasrat dia untuk kahwin lagi. Kita pelu cuma memenangi hati dia kembali. Mungkin ada kekurangan pada kita menyebabkan dia cuba mengalih arah.

Nak tahu apa yang saya lakukan selepas dia menyatakan hasratnya untuk tambah cawangan? Tak ada piring terbang.Tak saya suruh dia tidur di luar….. Tak saya tidur membelakangi dia…tapi..Saya cuba untuk memberikan dia layanan yang lebih baik.Kalau biasa bangun pagi-pagi kita take for granted..makan-minum pagi suruh dia ambil sendiri atas meja, kali ni saya hidangkan..buat yang terbaik untuknya. Utamakan dia dari anak-anak. Buat seketika tu jer….

Sebelah malam pulak, pakai pakaian cantik cantik dan berwangi wangian …Semasa tidur peluk dia jangan lepas lepas sampai pagi …biar dia tercungap cungap pun tak apa….kalau dia tanya, cakap kata yang kita sayang sangat kat dia. So selagi dia masih ada kita seorang dalam hidup dia cakaplah kita nak ambil peluang sebanyak mungkin untuk bersama dia, sebab bila dia kawin lagi satu, kita akan berkongsi suami. Jadi masa tu nanti kita cuma ada separuh masa dengan dia (Lupa nak cakap…sebenarnya sebelum itu saya telah meminang calon isteri untuk suami saya atas permintaannya).

Sambung cerita tadi…. Buat macam tu berterusan selama 2 minggu, dan jangan lupa bangun sembahyang malam, minta doa pada Allah. InsyaAllah, selepas 2 minggu dia akan berubah hati dan membatalkan niatnya. Saya telah buktikan. Selepas 2 minggu perempuan itu minta diputuskan tunang.Itu cerita masa saya ada anak 5. (Masih lawa lagi aih…pun suami dah menggatal).

Hasrat kahwin kali ke2

6 tahun kemudian, suami berkenalan pulak dengan seorang anak dara umur 25 tahun. Masa tu saya dah umur 35 tahun. Saya di uji lagi. Dengan zaman internet yang canggih, dia diperkenalkan dengan anak dara yang 15 tahun lebih muda darinya oleh seseorang dan mereka berhubung melalui FB.

Kali ini saya tidak mengetahui kerana dia sudah berjanji dengan saya kalau dia nak tambah cawangan dia tak akan beritahu saya lagi kerana dia kesiankan saya. Dia kata kalau dia beritahu saya, mesti tak jadi punya. So, dalam senyap senyap dia berhubung melalui applikasi FB messenger sampai ke peringkat dia telah menetapkan tarikh pernikahan dengan gadis itu. Mereka bercadang untuk melangsungkan perkahwinan di Selatan Thailand.

Tetapi Allah Maha Kaya. Sehari sebelum hari yang mereka rancangkan ditakdirkan saya jatuh sakit dan terpaksa di admit ke hospital Kuantan. Maka suami pun memberitahu si gadis minta menunda rancangan perkahwinan mereka (tanpa pengetahuan saya).

Si gadis tak bersetuju dan menekan suami saya supaya meneruskan juga rancangan. Bila suami berkeras mengatakan dia perlu menjaga saya di hospital, si gadis mula menggunakan kata-kata kesat terhadap suami yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang anak dara.Dari situ barulah suami mulai sedar siapa si gadis itu.

Suami terus memutuskan hubungan dengan gadis tersebut dan barulah diceritakan semuanya pada saya. Saya cuma ucapkan kata-kata syukur pada Allah, walaupun saya dimasukkan ke hospital, rupanya ada hikmatnya dan sekali lagi Allah telah menyelamatkan saya dari menjadi madu.

Kalau sekarang pun suami saya kata nak kahwin lagi, saya tak akan larang, tapi of course saya tak akan menggalakkan. Kalau kita benar benar sayangkan suami kita, kita kena berkorban. Dan inilah sebesar besar pengorbanan sebagai seorang isteri.Poligami adalah sesuatu yang dibenarkan. Ia juga mempunyai hikmat dan manfaat yang besar kepada umat Islam khususnya dan manusia umumnya. Sama ada cintakan suami orang tu boleh membawa kebahagiaan atau tidak bergantung kepada sistem pengurusan keluarga kita.

Walau apapun, adalah lebih elok jika perkahwinan berkenaan bermula dengan kerelaan semua pihak. Isteri pertama jangan menganggap bahawa dia lemah, tak pandai jaga laki dan sebagainya apabila ada “kawan” baru. Dan paling penting, suami yang mempunyai lebih daripada satu keluarga mestilah berlaku adil.

Walaupun tidak mudah untuk berlaku adil tetapi tidak mustahil, jika dimulakan dengan niat atas dasar iman. Adil bukan maksudnya semuanya sama (equal) tetapi setiap pihak mendapat haknya mengikut keperluan dan kedudukan (equitable).

Akhir sekali, perlu ada kesepakatan tentang “conflict resolution mechanism” kerana setiap kehidupan akan terdedah kepada konflik. Banyak konflik besar bermula daripada konflik kecil yang tidak terkendali. Apatah lagi jika emosi menjadi perkasa semasa konflik.Mohon komen yang murni murni saja yer. Yang elok jadikan teladan, yang buruk kadikan sempadan.

Akhir kata, jadilah menjadi wanita yang penuh bermaruah,berfikiran matang tak perlu semakkan kepala dengan pinjaman cinta dunia yang hanya sementara. Meskipun kelihatan kalah pada awalnya, namun sebenarnya kemenangan tetap milik kita. Apa pendapat Anda? Silakan Share Dan semoga bermanfaat.

C/p kisahrumahtangga

Saturday, 3 November 2018

Penantian yang sia-sia

Saya pernah sayang seseorang lebih daripada segala-galanya suatu ketika dulu. Saya ikut semua kehendaknya. Tapi makin lama saya dengan dia semakin jauh. Saya nampak die berubah perlahan-lahan. Saya mula mencari dimanakah kesilapan saya. Saya banyak berfikir seperti orang yang kurang akalnya. Makin lama perasaan semakin berkurangan. Kerana makin lama, dia semakin jauh. Saya seperti mengejar bayang-bayang yang tidak mungkin akan dapat digenggam, semakin saya cuba mendekati makin menjauh la dia. Setiap hari menangis mengenangkannya. Namun Penantian yang mengharapkannya ia berubah ternyata hanya sia-sia. Dia tidak pernah mencari saya. Saya tewas. Lebih baik saya tamatkan semuanya. Mungkin cara ini lebih baik untuk dia.

Sunday, 2 September 2018

Wahai lelaki

Wahai LELAKI,

Kalau kamu memilih bersama wanita bekerjaya, kamu perlu menerima dia tidak boleh mengurus rumah sepenuh masa.

Kalau kamu memilih bersama wanita suri rumah yang boleh menjaga dan mengurus rumah tangga sepenuhnya, kamu perlu menerima yang dia tidak menghasilkan duit.

Kalau kamu memilih bersama wanita penurut, kamu harus menerima yang kalau dia bergantung kepada mu.

Kalau kamu memilih bersama wanita yg berani, kamu harus menerima kalau dia keras kepala dan punya pikiran sendiri.

Kalau kamu memilih bersama wanita cantik kamu harus menerima perbelanjaannya juga banyak.

Kalau kamu memilih bersama wanita hebat, kamu juga harus menerima kalau dia keras dan berpendirian.

TIADA WANITA SEMPURNA semua hanya dalam mimpi dan angan-angan sahaja

Wednesday, 2 May 2018

Dibutakan cinta - D'Nesh Band







Seringkali kau sakiti
Kau lukai aku
Selalu salah dimatamu tiada benar untukku
Tidak seindah saat masa-masa dulu

#1
Miski kamu telah kumiliki
Masih saja kau sakiti
Teriris perih hati ini dengan luka yang kau beri
Namunku tak ingin meninggalkanmu

#2
Berkali-kali aku terluka
Namunku masih menanti dan setia
Terlalu perih apa yang ku rasa
Dibutakan cinta... 

Ulang #1 dan #2 dan #2

Miski ku disakiti
Aku tetap cinta

Sunday, 29 April 2018

Kisahku inginkan - Siti Nurhaliza ft Judika



Telah ku tentukan arah
yang akan ku tempuh di sisa hidupku
karna telah ku temukan
kisah yang ku inginkan dan ku impikan

Sudah ku tambatkan hati
yang selama ini belayar tak pasti
kini telah ku temui
kasih yang aku cari cinta yang pasti

Berakhir sudah pencarian jalan cinta
berlabuh di ikatan suci kita
berhenti sudah keresahan dalam jiwa
kini

Aku dan kamu tak terbatas oleh waktu
tak terlarang tuk menyatu
karna kau rasmi milikku

Kita akan menjaga
janji suci yang telah terikrar
dan saling setia selamanya

Berakhir sudah pencarian jalan cinta
berlabuh di ikatan suci kita
berhenti sudah keresahan dalam jiwa
kini

Aku dan kamu tak terbatas oleh waktu
tak terlarang tuk menyatu
karna kau rasmi milikku

Kita akan menjaga
janji suci yang telah terikrar
dan saling setia selamanya

Aku dan kamu tak terbatas oleh waktu
tak terlarang tuk menyatu
karna aku dan dirimu
dalam ikatan janji suci yang telah terikrar
dan saling setia selamanya

Tetap harus bersama
Meski raga menua
Di dalam cinta selamanya


Kredit khas tok suami 😘

Saturday, 28 April 2018

Dimatamu - Sufian Suhaimi




[Intro - Video Version]

Setiap apa yang kita impikan
Tak semua menjadi kenyataan
Hiduplah dalam kebenaran
Kenyataan akan lebih jujur dari penantian


[Verse 1]

Apakah kau cuba untuk menafikan
Keikhlasan hatiku padamu
Betapa ku mencuba
Mendapatkan secebis kasih mu


[Verse 2]

Apakah kau tak mampu untuk menentukan
Di antara kaca dan permata
Betapa telahan mu
Memaksa ku mengundurkan diri


[Chorus]

Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu di dunia ini
Dan kau membuang diriku sesuka hati mu
Dan memilih dia
Dan ku tersandar begini
Meratapi hati yang telah dilukai
Aku sedar betapa hinanya
Ku di matamu





Friday, 29 December 2017

Zuriat


Dalam soal zuriat, Allah akan bagi pada waktu yang terbaik. Jika kita terkejut menerima awal dan tanpa kita ready pun, memang itu adalah waktu yang terbaik. Jika lambat dan kita ternanti-nanti, mengharap dan sedih. Memang itulah waktu yang terrrrrrbaik. Kita rasa kita mampu, tapi Allah lagi tahu. Allah Maha lagi Mengetahui untuk kehidupan kita.

Bila-bila waktu pun Allah mula merezekikan si comel untuk berada di dalam perut, 'itulah waktu yang terbaik untuk kita.' Yakinlah.

Usah marah, sedih, dan kecewa. Teruskan berdoa supaya setiap langkah kita disusun sesuai dengan perancangan kita.

Ada pengalaman kawan saya, sudah 10 tahun mendirikan rumahtangga, tapi belum ada rezeki. Tanpa disangka-sangka, Alhamdulillah baru-baru ini beliau selamat melahirkan seorang anak.

Sedih dia, cemburu, tidak putus asa berdoa, SABAR, lalu Allah 'mengurniakan' anugerah yang terindah di atas kesabaran dan sifat mengharapnya yang tinggi HANYA pada Allah.

Masing-masing ada cerita dia. Doa saya sentiasa untuk mereka yang terus meminta pada Allah.

☺️☺️

Kredit ustaz azhar idrus

Thursday, 7 December 2017

Isteriku bidadariku

Tadi bangun-bangun tidur tengok semua jubah saya dah siap iron..cantik kemas dan lawa betul susunannya..

Fikir bila lah bidadari saya buat semua ini..dia tulis dekat kertas. Abang, maafkan sayang sebab selalu busy dengan anak-anak jer..jika ada kekurangan perhatian sayang untuk abang...i love u abang...suamiku..kekasih hatiku..

Ya Allah terus air mata saya mengalir. Sebab takde kurang apapun sempurna dah semuanya. Begitulah bidadariku  tak pernah salah tetapi sentiasa minta maaf dan sentiasa cakap terima kaseh..

Terasa terus nak pegang tangannya...

Sebenarnya saya yang patut minta maaf sebab sibuk ke sana sini jarang ada di rumah. Tanpa bidadari saya, tak mampu nak ceramah atau dakwah sana sini. Tak sanggup tinggal rumah tanpa orang yang lebih kita percayai jaga anak-anak lebih dari diri sendiri. Dialah pelengkap hidup diri saya dan anak-anak saya..bidadari saya anugerah Allah paling istimewa dalam hidup saya..

Dahsyatnya wanita. Mereka berkorban mereka minta maaf. Mereka mengadung dan bersalin sakit macam mati. Dan ada yang mati berkali-kali tetapi minta maaf masa nak bersalin pada suami..ya Allah..patut suami minta maaf sebab demi cinta kita belum titiskan setitik pun darah. Isteri kita dah titiskan darah, sakit macam nak mati, habis bentuk badan, sakit sana sini semasa mengandung dan tak tahu berapa banyak urat mereka putus..

Isteri yang beri masa menyusukan anak. Sibuk tolong layan anak membesar yang nak bermanja 24 jam. Nak buang air besar pun ketuk pintu bilik air. Tak sempat nak mandi dan buang air dengan tenang. Pergi ke mana pun kena bawa anak. Suami boleh naik flight ke sana sini. Mereka kena fikir siapa yang boleh jaga anak. Yang sesuai. Akhirnya batalkan percutian atau apa sahaja kerjanya. Tak sempat nak urus diri pun..

Anak nak berkepit 24 jam. Patutnya kita suami cakap terima kaseh atau paling utama bantu mereka bersama-sama..

Ramai suami mengadu dan merajuk dengan isteri...

Ini ada yang merajuk...Jealous dengan anak. Dari pagi sampai malam urus keluarga dan anak-anak. Tiba-tiba suami waktu nak bermanja tengok anak. Terus tidur merajuk. Ada yang terus keluar berjumpa kawan-kawan. Isteri lagi penat...

Agak-agak isteri tadi dahagakan kasih sayang tak? Bukankah mereka seperti kita juga dahagakan kasih sayang..mereka tiada siapa lagi dalam hidup mereka. Semua telah dikorbankan..tolonglah janganlah merajuk dengan isteri kita. Bantulah mereka. Ingat semula janji kita masa mula-mula dulu. Jagalah isteri. Sayangi isteri kerana Allah..

Terima kaseh bidadariku sayang...isterikuBidadari  -

Ustaz ebit lew

Saturday, 7 October 2017

Setiaku pasti - Fara Hezel

Tiada Kata kata yang terindah
Selain Ungkapan lafaz darimu
Engkau Yang membuat ku gembira
Engkau Membuat ku berduka

Selain Dari itu
Aku Tidak tahu
Sejujurnya aku
Sayang padamu

Engkaulah segalanya
Terbaik Buatku
Tolong jujurlah padaku

Rela Kau tempuh demi aku
Manisnya Ada bersamamu
Pahit Hempedu biarlah diriku
Hanya Aku dan engkau yang tahu

Rela Kau tempuh demi aku
Manisnya Ada bersamamu
Pahit Hempedu biarlah diriku
Hanya Aku dan engkau yang tahu

Jangan Dikesali
Setiap Yang berlaku

Rela Kau tempuh demi aku
Manisnya Ada bersamamu
Pahit Hempedu biarlah diriku
Hanya Aku dan engkau yang tahu

Jangan Dikesali
Setiap Yang berlaku
Aku Kan tetap
Menjadi Milikmu

https://youtu.be/ZhCt5tPLGnY