Thursday, 20 October 2016

Namunku punya hati




Senyum mu tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mata ku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu


Namun ku punya hati
Juga gaya ku perasaan
Hidup ku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan


Tidak ku minta lahir ke dunia
Tidak ku duga cacat begini
Bukan ku minta kasih dan manja
Bukan ku rayu bantu simpati


Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua




#tidakkumintalahirkedunia
#tidakkumintamenyusahkanmanusia
#tidakkumintasegalagalanya

Wednesday, 19 October 2016

Doa buat suami

Alfatihah
Selawat

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Kau ampunilah dosaku yang telahku lakukan
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Kau murahkanlah rezekiku yang trhalang
Kau permudahkanlah segala urusanku dan elakkan dari kesulitan


Ya Allah,
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash, berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu, kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu, limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu, peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu, berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang, kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu, limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan, kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan, kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri, kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka, berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah,
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati


Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Friday, 7 October 2016

Antara ayang dan zuriat

Assalamualaikum syg....
Andai satu hari nanti diberi pilihan, biarlah zuriat ini yang menjadi penyambung cinta kita, pilihla zuriatmu abang...die berhak mendapat kasih sayang daripada seorang bapa...ayang redha dan pasrah dengan ketentuan dan takdir Allah, mungkin itu jalan yang Allah tentukan untuk ayang...ayang bersyukur diberi kesempatan untuk mengandungkan zuriat abang, ayang bersyukur Allah temukan kita walaupun masa yang singkat, ayang bersyukur Allah takdirkan abang sebagai suami ayang terbaik dunia akhirat...tak ada sedikit pon cacat cela abang sepanjang menjadi suami ayang...abang melayan karenah ayang walaupun abang penat, tanpa paksaan, tanpa mengeluh....
Abang...ayang nak abang tahu, ayang sayang abang dunia akhirat...tak akan ada lelaki sebaik abang kat dunia nie...tak akan ada pengganti abang selepas abang nanti...inn shaa Allah..lov you 😭

Saturday, 1 October 2016

Suamiku dunia akhirat

Sejak akhir2 nie ramai orang meninggal pasangannya lepas beberapa ari berkahwin..huhuhu YaAllah tidak dapat bayangkan perasaan ketika itu...huhuhu semoga suamiku dipanjangkan umur..

Dia suamiku

Tuesday, 31 May 2016

Ku tak akan bersuara - Nike Ardila






Izinkan cintaku 
Berbunga di hatimu
Biar terus mekar 
Jadi kenyataan

Telah lama ku dahaga 
Belaian seorang insan
Semoga bersamamu 
Ceria hidupku

Ku tak akan bersuara 
wAlau dirimu kekurangan
Hanya setiamu itu ku harapkan

Ku tak akan menduakan 
walau kilauan menggoda
Kasih dan sayangku tetap utuh untukmu

Hanya ku pinta darimu 
setialah selamanya
Sehingga abadi 
Cinta ini sayang
Ituu ku doakan

Ku tak akan bersuara 
walau dirimu kekurangan
Hanya setiamu itu ku harapkan

Ku tak akan menduakan
Walau kilauan menggoda
Kasih dan sayangku 
Tetap utuh untukmu

Hanya ku pinta darimu
Setialah selamanya 
Sehingga abadi
Cinta ini sayang itu ku doakan

Tak mungkin kan terjadi
Kehancuran cinta kita
Andainya hatimu
Seperti hatiku...


#khasformyhusband
#loveyoutillJannah

Friday, 27 May 2016

Doa agar anak dipelihara didalam kandungan


Assalamualaikum dunia..




Maafkan ummi terpaksa bekerja kuat dan kadang2 mengejutkan anak ummi tengah lena tidur...kadang2 terpaksa menggunakan kudrat yang ada sepenuh tenaga semasa melakukan tanggungjawab walaupun ummi tahu anak ummi terganggu....huhuhu ummi tahu anak ummi kuat, sekuat abie dan ummi menempuh segala dugaan Allah selama nie..Anak ummi anak yang baikkan...aminn

Thursday, 26 May 2016

Putus Terpaksa - Ziana zain




Seringkali kau menepis tiap persoalan
Ada sesuatu kau sembunyikan
Dari pengetahuanku

Dapat aku merasakan ketara perubahan
Setelah jelas terbukti
Sesuatu yang terlarang
Menjadi teman hidupmu selain aku

Demi masa hadapan kita
Aku merayu..kuncikan keinginanmu
Bernafaslah dalam sejahtera
Ku pasti ruang untuk mu msih ada

(Chorus)
Sudah puas ku menghimpun doa
Agar kau berubah
Berpaling membentuk impian hidup kita

Namun tiada oh kudratku untuk
Halang keinginan
Suaraku tak berdaya
Menentang kemahuanmu

Sia-sia belaka aku
Berkorban kasih ku padamu
Sekiranya kau...masih tak ubah pendirian
Yang hanya menjanjikan
Pemergian ngeri...yang tak memberi erti

Ulang (Chorus) x 1

Demi masa hadapan kita
Tak sanggup aku
Bertemankan oh kasihmu
Yang penuh dengan fantasi
Terpaksa jua ku undur diri...
Terpaksa jua ku undur diri...

Sunday, 22 May 2016

Jodoh

Assalamualaikum....

Jodoh itu unik. Seringkali yang dikejar-kejar menjauh. Yang tak sengaja mendekat.

Allah itu Maha Adil.

Dia telah mengatur perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.
Percaya saja. Tuhan menggenggam semua doa. Lalu dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat.

Sabar, Allah takkan biarkan hambaNya bersedih selamanya. Dia hanya mahu kita kembali ke jalanNya. Ke jalan yang seharusnya.

Dia berikan perpisahan agar kita sedar itu bukan yang terbaik buat kita. Bukan berarti Allah tak sayang dengan kita. Allah tau apa yang terbaik. Dia mengatur semuanya jadi lebih indah.

Lalu, yakinlah dengan ketentuan Allah. La tahzan innallaha ma’ana. Don’t be sad. Allah is with us.

Jika akhirnya kamu tidak bersama dengan orang yang sering kau sebut dalam doamu, mungkin kamu akan disatukan dengan orang yang diam-diam mendoakanmu.

Semoga Allah memelihara kita dalam mencari keredhaanNya.

*Alhamdulillah....diatas nikmat yang Allah berikan kepada aku...dikurniakan seorang suami yang sangat baik..tak akan ada lelaki lebih baik daripada dia kat dunia nie...dialah suami dunia akhirat aku..aminn
#ilovemyhusband

Sunday, 15 May 2016

Allah sebaik perancang

Assalamualaikum...hye guys...entry kali nie nk cerita tentang zuriat. AlhamdulLillah. Rezeki Allah beri untuk kami. Tapi setiap orang punyai cerita tersendiri kan.

Dalam soal zuriat, Allah akan bagi pada waktu yang terbaik. Jika kita terkejut menerima awal dan tanpa kita ready pun, memang itu adalah waktu yang terbaik. Jika lambat dan kita ternanti-nanti, mengharap dan sedih. Memang itulah waktu yang terrrrrrbaik.

Kita rasa kita mampu, tapi Allah lagi tahu. Allah Maha lagi Mengetahui untuk kehidupan kita. Bila-bila waktu pun Allah mula merezekikan si comel untuk berada di dalam perut, 'itulah waktu yang terbaik untuk kita.' Yakinlah.

Usah marah, sedih, dan kecewa. Teruskan berdoa supaya setiap langkah kita disusun sesuai dengan perancangan kita.


Ada pengalaman kawan saya, sudah 5 6 tahun mendirikan rumahtangga, tapi belum ada rezeki.  Sedih dia, cemburu, tidak putus asa berdoa, SABAR, lalu Allah 'mengurniakan' anugerah yang terindah di atas kesabaran dan sifat mengharapnya yang tinggi HANYA pada Allah.

Masing-masing ada cerita dia. Doa saya sentiasa untuk mereka yang terus meminta pada Allah. Amin. Ingatlah, apa jua keadaan sekalipun, Allah adalah sebaik2 Perancang.