Before you start to judge me, step into my shoes and walk the life im living and if you get as far as i am, you will see how strong really i am. Dont judge me until you know me, dont underestimate me until you have challenged me, and dont talk about me until you have talked to me.
Saturday, 17 December 2016
Lahirnya zuriatku
Thursday, 20 October 2016
Namunku punya hati
#tidakkumintamenyusahkanmanusia
#tidakkumintasegalagalanya
Wednesday, 19 October 2016
Doa buat suami
Selawat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Kau murahkanlah rezekiku yang trhalang
Kau permudahkanlah segala urusanku dan elakkan dari kesulitan
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash, berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu, kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu, limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu, peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu, berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang, kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu, limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan, kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan, kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri, kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka, berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah,
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
Friday, 7 October 2016
Antara ayang dan zuriat
Saturday, 1 October 2016
Suamiku dunia akhirat
Tuesday, 31 May 2016
Ku tak akan bersuara - Nike Ardila
Friday, 27 May 2016
Doa agar anak dipelihara didalam kandungan
Thursday, 26 May 2016
Putus Terpaksa - Ziana zain
Sunday, 22 May 2016
Jodoh
Assalamualaikum....
Jodoh itu unik. Seringkali yang dikejar-kejar menjauh. Yang tak sengaja mendekat.
Allah itu Maha Adil.
Dia telah mengatur perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.
Percaya saja. Tuhan menggenggam semua doa. Lalu dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat.
Sabar, Allah takkan biarkan hambaNya bersedih selamanya. Dia hanya mahu kita kembali ke jalanNya. Ke jalan yang seharusnya.
Dia berikan perpisahan agar kita sedar itu bukan yang terbaik buat kita. Bukan berarti Allah tak sayang dengan kita. Allah tau apa yang terbaik. Dia mengatur semuanya jadi lebih indah.
Lalu, yakinlah dengan ketentuan Allah. La tahzan innallaha ma’ana. Don’t be sad. Allah is with us.
Jika akhirnya kamu tidak bersama dengan orang yang sering kau sebut dalam doamu, mungkin kamu akan disatukan dengan orang yang diam-diam mendoakanmu.
Semoga Allah memelihara kita dalam mencari keredhaanNya.
*Alhamdulillah....diatas nikmat yang Allah berikan kepada aku...dikurniakan seorang suami yang sangat baik..tak akan ada lelaki lebih baik daripada dia kat dunia nie...dialah suami dunia akhirat aku..aminn
#ilovemyhusband
Sunday, 15 May 2016
Allah sebaik perancang
Assalamualaikum...hye guys...entry kali nie nk cerita tentang zuriat. AlhamdulLillah. Rezeki Allah beri untuk kami. Tapi setiap orang punyai cerita tersendiri kan.
Dalam soal zuriat, Allah akan bagi pada waktu yang terbaik. Jika kita terkejut menerima awal dan tanpa kita ready pun, memang itu adalah waktu yang terbaik. Jika lambat dan kita ternanti-nanti, mengharap dan sedih. Memang itulah waktu yang terrrrrrbaik.
Kita rasa kita mampu, tapi Allah lagi tahu. Allah Maha lagi Mengetahui untuk kehidupan kita. Bila-bila waktu pun Allah mula merezekikan si comel untuk berada di dalam perut, 'itulah waktu yang terbaik untuk kita.' Yakinlah.
Usah marah, sedih, dan kecewa. Teruskan berdoa supaya setiap langkah kita disusun sesuai dengan perancangan kita.
Ada pengalaman kawan saya, sudah 5 6 tahun mendirikan rumahtangga, tapi belum ada rezeki. Sedih dia, cemburu, tidak putus asa berdoa, SABAR, lalu Allah 'mengurniakan' anugerah yang terindah di atas kesabaran dan sifat mengharapnya yang tinggi HANYA pada Allah.
Masing-masing ada cerita dia. Doa saya sentiasa untuk mereka yang terus meminta pada Allah. Amin. Ingatlah, apa jua keadaan sekalipun, Allah adalah sebaik2 Perancang.
Sunday, 24 April 2016
Tetap Dirimu – Selasa Band
Perlahan lahan gelap
Menyelimuti bumi
Menyelubungi dunia
Meruntuhi angkasa
Terlihat dari kejauhan
Titik putih dilangit
Berkilauan cahaya
Bertebaran disana
Menghiasi angkasa
Diantara berjuta juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Diantara berjuta juta orang
Hanya kamu yang paling aku sayang
Diantara berjuta juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Diantara berjuta juta orang
Dihati ku tetap diri mu sayang
Terlihat dari kejauhan
Titik putih dilangit
Berkilauan cahaya
Bertebaran disana
Menghiasi angkasa
Diantara berjuta juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Diantara berjuta juta orang
Hanya kamu yang paling aku sayang
Diantara berjuta juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Diantara berjuta juta orang
Dihati ku tetap diri mu sayang
Tunggu ku terbang bersama angin
Masuki mimpi dalam tidur lelap ku
Aku tenggelam sulit terpejam
Membayangkan wajah mu
Diantara berjuta juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Diantara berjuta juta orang
Hanya kamu
hanya kamu
hanya kamu
Bintang bintang bawa kami bersama
Restuilah cinta kami berdua
Hingga sampai mati yang memisahkan raga
Bukan memisahkan cinta kita
Friday, 22 April 2016
Doaku untukmu sayang - Wali Band
Wednesday, 20 April 2016
Aku perlu kuat demi dia
Wednesday, 6 April 2016
Antara keluarga dan kawan2
Suatu hari saya terlanggar dengan seseorang yang tidak saya kenal. “Oh, maafkan saya,” reaksi spontan saya. Dia juga berkata, “maafkan saya juga.” Orang itu dan saya bertegur sangat sopan. Kami pun berpisah dan mengucapkan salam.
Namun cerita jadi lain apabila sampai di rumah. Pada hari itu juga, ketika saya sedang menelefon salah satu rakan sekerja terbaik saya, dengan bahasa sangat lembut dan santun untuk meraih/melobi simpati rakan saya itu, tiba2 anak lelaki saya berdiri diam2 di belakang saya. Ketika saya hendak berpusing, hampir saja membuatnya jatuh. "Pergi!!! Main sana, ganggu saja!!!" teriak saya dengan marah. Ia pun pergi dengan hati hancur dan merajuk.
Ketika saya berbaring di tempat tidur malam itu, dengan halus Malaikat berbisik. "Allah telah mengutuskan aku untuk mencabut nyawamu dan mengambil hidupmu sekarang. Namun sebelumnya, Allah telah mengizinkan kau untuk melihat lorong waktu sesudah kematianmu. Sewaktu kamu berurusan dengan orang yang tidak kau kenal, etika kesopanan kamu gunakan. Akan tetapi dengan anak sendiri, engkau perlakukan kasar, akan ku perlihatkan engkau setelah kematianmu hari ini, bagaimana keadaan majikanmu, kawan rapatmu, sahabat dunia mayamu serta keadaan keluargamu".
Lalu aku pun melihat, hari itu saat jenazahku masih diletakkan di ruang keluarga, hanya satu orang sahabat dunia mayaku yg datang, selebihnya hanya mendoakan di dalam group, bahkan ada juga yang tdk memberi komen apa apa pun atas kepergianku dan ada juga yang hanya menulis, 'Al-Fatihah' ada yg 'RIP'.
Kawan sekerja ku dtg, Sekejap melihat jenazahku, lalu mereka asyik mengambil gambar dan bercerita. Bahkan ada yg asyik membicarakan aibku sambil tersenyum2. Bos yg aku hormati, hanya datang sebentar melihat jenazahku dalam beberapa minit lalu pulang dan kawan2 rapatku, tidak ada satupun dari mereka yang aku lihat.
Lalu ku lihat anak-anakku menangis di pangkuan isteriku, yang kecil berusaha menggapai jenazahku meminta aku bangun, namun isteriku menghalangnya. Isteriku pengsan berkali-kali, aku tidak pernah melihat dia sebingung demikian. Lalu aku teringat betapa sering aku acuh tak acuh dengan panggilannya yg mengajakku berbual, aku selalu sibuk dengan hp ku, dengan kawan2 dan teman2 dunia mayaku. Lalu aku lihat anak2ku sering ku herdik & ku bentak mereka saat aku sedang asyik dengan hpku, di saat mereka minta perhatian dariku. Ya Allahu Rabbi.... Ampunilah daku.
Lalu aku melihat 7 hari selepas kematianku. Teman2 sudah melupakanku, sampai detik ini aku tidak lagi mendengar doa mereka untukku. Pihak office menggantiku dgn staf lain, teman2 dunia mayaku masih sibuk dengan perbualan di group, tanpa ada yang berbicara tentangku ataupun bersedih terhadap ketiadaanku di group mereka.
Namun, aku melihat isteriku masih pucat dan menangis, air matanya selalu menitis saat anak2ku bertanya di mana ayah mereka? Aku melihat dia begitu longlai dan pucat, ke mana semangatmu isteriku? Oh Tuhan maafkan aku....
Hari ke 40 sejak aku tiada, teman2 FB ku lenyap secara drastik, semua sudah memutuskan hubungan denganku, seolah tidak ingin lagi melihat kenanganku semasa hidup. Bossku dan teman2 sekerja, tdk ada satu pun yang mengunjungi kuburku atau pun sekadar mengirimkan doa. Lalu kulihat keluargaku, isteriku sudah boleh tersenyum, tapi tatapannya masih kosong, anak2 kecilku masih asyik bertanya bila ayah nak pulang? Anakku yang paling kecil adalah yang paling kusayang, masih selalu menungguku dijendela, menantikan kepulanganku..
Lalu 15 tahun berlalu, kulihat isteriku menyiapkan makanan untuk anak2ku, sudah mulai kelihatan kedutan tua dan lelah di wajahnya. Dia tidak pernah lupa mengingatkan anak2 bahawa hari ini hari Jumaat, jangan lupa solat...
Lalu aku membaca tulisan di atas secebis kertas milik anak perempuanku malam semlm, dia menulis.... "Seandainya aku masih punyai ayah, pasti tidak akan ada laki2 yang berani tidak sopan denganku.. dan aku mungkin tidak akan melihat mama sering sakit mencari nafkah seorang diri buat kami. Ya Allah.... Kenapa Engkau menjemput ayahku disaat aku masih memerlukan belaian kasih sayang darinya.. Ya Allah.." kertas itu basah kerana titisan airmatanya..Ya Allah maafkanlah aku.... Ampunilah daku... di atas segala dosa-dosaku semasa hayatku....
Sampai bertahun2, anak2 dan isteriku pun masih terus mendoakanku agar aku sentiasa berbahagia di alam barzakhku...
Kemudian, tiba-tiba aku terbangun..... Ya Allah,. Ya Rabbi.. Syukur... Ternyata aku cuma bermimpi....
Perlahan lahan aku pergi ke kamar anakku dan berlutut dekat dengan tempat tidurnya. Aku masih lihat airmata di sudut matanya,.. Kasihan,.. terlalu keras aku mengherdiknya tadi..
"Anakku,.. ayah tersangat kesal kerana telah berlaku kasar padamu. “Anakku, aku mencintaimu... aku benar-benar mencintaimu, maafkan aku anakku”. Ku peluk anakku, ku cium pipi dan keningnya.
Lalu kulihat isteriku yang sedang tertidur, isteriku yang sapaannya sering ku tak hirau ajakannya untuk berbicara. Sering kali aku sengaja berpura2 tidak mendengarnya, bahkan pesan2 darinya sering aku anggap tak bermakna, maafkan aku isteriku, maafkan aku...
Air mataku tak dapat ku bendung lagi. Apakah kita menyedari bahwa jika kita meninggal dunia sebentar lagi, maka tempat di mana kita bekerja akan mudah mencari pengganti kita.. Teman2 akan melupakan kita sebagaimana cerita yang sudah berakhir,.. malah ada rakan2 kita yg masih menceritakan kelemahan yang tidak sengaja kita lakukan... Teman2 dunia maya pun tak pernah membicara lagi, seolah2 aku tidak pernah wujud dalam group mereka...
Lalu aku rebahkan diri di samping isteriku, hpku masih terus bergetar, berpuluh2 notifikasi masuk menyapaku, menggelitik untuk aku buka, tapi tidak.. tidak.. Aku matikan hpku dan aku pejamkan mata. Maaf....Bukan kalian yang akan membawaku ke syurga, bukan kalian yang akan menolongku dari api neraka, tapi keluargaku....Keluarga yang jika kita tinggalkan akan merasakan kehilangan selama sisa hidup mereka...
Thursday, 31 March 2016
Im mummy to be!!!
Bahagian payudara merupakan bahagian yang sensitif, payudara akan menjadi bengkak dan lembut, hal ini akan membuatkan kawasan aerola menjadi sedikit sakit kerana berdenyut-denyut. Warna bahagian puting/aerola juga akan bertukar menjadi sedikit gelap. Namun begitu tidak semua wanita mengalami atau merasakan gejala ini.
Mual atau berasa loya adalah gejala kehamilan yang paling umum. Rasa mual itu terjadi karana peningkatan hormon hCG (Human Chorionic Gonadotrophin). Peningkatan hormon hCG ini menyebabkan kesan pedih pada lapisan perut sehingga menimbulkan rasa mual. Biasanya rasa mual ini akan pergi seiring Anda memasuki trimester kedua kehamilan. Selain mual, Anda juga merasa lebih sensitif pada bau tertentu. Sejumlah peneliti menduga, gejala ini terjadi agar wanita hamil tidak mudah makan sembarangan sehingga melindungi bayi dari racun yang berbahaya. Rasa mual ini bergantung kepada hormon seseorang, ada yang mengalami sehingga bersalin.
#seminggulagi
#jumpadoktor
Semoga aku diberi kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi dugaan yang akan datang...semoga aku juga diberi kesihatanuntuk melahirkan anak2 soleh dan solehah...aminnn
Wednesday, 23 March 2016
Aku hanya seorang isteri
Monday, 21 March 2016
Berjauhan
Monday, 14 March 2016
Kami Bersatu
Alhamdulillah....walaupon pantai dilanda ombak sekalipon jika Allah tetapkan dia milik kita, inn shaa Allah dia tetap milik kita...kami kenal semasa di universiti, dia memiliki pasangan dan begitu juga aku....tp percintaan yang dulu antara aku dan die, tidak kesampaian kerana kedua duanya didapati memiliki orang ketiga...selepas dia frust, dan begitu juga aku, kami bernekad mengikat tali percintaan...hehe kisah perkahwinan kami, bukan seperti kisah perkahwinan orang lain yang bercinta bertahun2 lamanya, kami berdating pon selepas bertunang...benar kata orang tua2, lama mana masa bercinta bukan pengukur dia akan jadi milik kita...aku 8tahun, die 5tahun....kenangan yang lalu biarlah menjadi kenangan pahit dalam hidup kami...kepada yang menghadirkan diri ke majlis kami,terima kasih diucapkan...maaf andai majlis kami terdapat kekurangan atau kesilapan yang tidak disengajakan mahupon sengaja..last sekali, ilovemyhusband...hehee biar apa pon terjadi, biar jauh mana isterimu ini, kenyataan ini tetap tidak dapat diubah kamu suamiku dunia akhirat
From your cute wife
#comebacktostudentlife
#reallymissyouhubby
#reallyneedyounow
Saturday, 20 February 2016
Suamiku milik ibunya
Aku milik suami ku dan suami ku milik ibunya. Seperti apa pun seorang mertua, aku selalu ingat bahawa..Dia adalah wanita yang mengandung suami ku dalam kepayahan selama 9 bulan...
Dia adalah wanita yang air susunya menjadi makanan pertama bagi suami ku. Dia, ialah wanita yang mendidik dan membesarkan suami ku, yang mengajarkan kepada suami ku akhlak sehingga aku rasa selamat di sisi suami ku...
Aku tidak pernah keluarkan wang seposen pun untuk menyekolahkan suami ku sehingga dia berupaya mencari nafkah, untuk menafkahi aku! Aku tidak sedikit pun mendidik suami ku hingga kini, ia jadi lelaki yang bertanggungjawab, dan aku merasakan SANGAT BAHAGIA MENJADI ISTERINYA setelah pengorbanan ibu mertua ku yang membesarkannya dengan kepayahan, anak lelaki nya menikah dengan ku, dia bagi kasih sayang anaknya dengan ku...
Cemburu? Pasti dia cemburu.. Aku wanita asing, yang kini selalu disayang2 oleh anak lelakinya. Harta anak lelakinya tercurah untuk ku nikmati. Padahal ia yang melahirkan, membesarkan dan mendidik...
Teringat nasihat ibu ku tercinta, "Nak.. sokonglah suami mu untuk berbakti pada ibunya. Jangan suruh ia memilih antara kau dan ibunya. Kerana, kelak kau akan merasakan bagaimana sakitnya diperlakukan seperti itu oleh anak lelaki mu nanti. Apa yang kau lakukan pada mertua mu, akan dilakukan pula oleh menantu mu.. segala sesuatu pasti ada timbal baliknya". Dan tangis ku makin deras..
Oh suami ku.. bahagiakanlah ibu dan bapa semampu mu. Semoga kelak anak2 kita pun membahagiakan kita, sebagai balasan bakti mu pada ibu bapa mu...
Seorang suami yg berbuat baik kpd ibubapanya... akan berbuat baik kpd isteri dan anak2nya...
#jangan cemburu suamimu menyanyangi ibunya kerana tanpa ibunya, tidak akan pernah wujud suamimu yang menyayangimu
#peringatan untuk diri sendiri yang kuat cemburu
#14days to come
#everyday hard day
Thursday, 18 February 2016
Benefit owning cat
Friday, 12 February 2016
Letter for mydear Future Husband
Dear future husband,
As I write this to you, I am blushing and grinning at the prospect of us spending the rest of our lives with each other. We’re about to take the plunge and go for the big M soon, but before we do, here are a few things I’d like to say to you. Before we get into the easier conversations about venues , catering, and attire , here is the slightly more difficult conversation I want to have with you. Here are a few things I’d like you to keep in mind before our big day.
It is called life partner for a reason. We may complement each other in some aspects, but are equal in every right. We shall both be equal human beings, parents, and partners in crime. Marriage is not what the media and society stereotypically describe. We are in this together. We will take important decisions together and share as many responsibilities as we can. So remember that you are my equal. I am not superior to you and neither are you to me.
You mean the world to me, but my world does not revolve around you. I love you with all my heart and trust you with my life. But I want you to understand that our lives go beyond each other. We have our own families, friends, careers, and so on. I hope you respect that sometimes you will not be my priority and accept that it is for good reason.
It's okay to forget special dates and anniversaries sometimes. I won't judge you for it. So don't judge me either. Forgetting is human and it’s totally okay if you do. Dates don’t matter as much as thoughts and emotions do, and a day or two here and there hardly makes a difference. There are more important things for us to worry and fight about. Let’s focus on those and not waste our time on trivial matters, and celebrate special days on any day we like, in any way we want.
My family is as important to you, as yours is to me. I will love your family and accept them with open arms, and I expect nothing less from you. Your family is now a huge part of my life, and I will care for them the way you would. All I ask of you is to feel the same sense of responsibility and belonging towards my family.
Never hesitate to share your problems, bad experiences, memories, or sad news with me. No matter how big or small it may be, we will try and solve it together. Remember that I am always there for you in happiness and grief. No matter how big or small the problem, know that I will be there to support you and help you through it in whatever way I can. It is human to occasionally feel vulnerable and you can always trust me to be a shoulder to cry on, or a pair of arms to hug you whenever you need.
We live in the same house. Chores are to be divided equally among us. Our genders don’t define our roles in the house. Both of us live here and share the same space. It is only fair that our contribution towards the house is equally divided. Both of us will have as much say in matters related to cooking, cleaning, decorating, hosting, and so on.
Apologies work both ways. If I ever falter, tell me how I'm wrong. Sometimes, one thing leads to another, and before we know it, the situation gets out of hand. And more often than not, both partners are at fault in a fight. You need to know that you have every right to correct me when I’m wrong, as will I when I sense a problem. Women are gross too. I poop, fart, burp, drool, and so on. The earlier you accept that, the better.
I know I will have reached a certain level of comfort with you by the time we tie the knot. I want you to accept me as I am and understand that you don’t have to always be perfectly turned out for me either.
We must always keep the humour alive. The jokes need to keep coming. If not about anything, at least about each other. We are together for the simple reason that when we’re with one another, we need nothing else to keep us entertained. We can be our crazy, goofy selves with each other and not care about the world, and I want it to be this way forever. We're both going to be old, fat, and ugly someday. But I assure you that I will still love you no matter what and joke about the way you look all the time to prove it.
You are free to express yourself, be sad, cry, or be romantic. But you will not be violent with me under any circumstances. I have been raised a strong, independent individual and I will, at no point, tolerate physical abuse of any kind, and neither will my family if it were to ever happen. Know that if it ever gets out of hand, I will not hesitate to let the law intervene. If, someday, you fall out of love with me or are rethinking our relationship, be honest with me.
Staying in an uncomfortable relationship for your partner, kids, or anyone else is never worth it. Two happy adults are better that one unhappy couple. Yes, it is easier said than done, but a little honesty will save us both a lot of heartache in the future.
Society may have given us a label, but first and foremost, you are my best friend. Yes, you mean the world to me. And there’s no one else I can imagine spending the rest of my life with. I am looking forward to us growing old together and collecting all the happy memories on the way there. When I’m with you, my happiness knows no bounds and I hope our love, friendship, and togetherness stays this way forever.
Love,
Your future wife,
NJ
#21days to go!
Saturday, 30 January 2016
Ujian sebelum perkahwinan
Assalamualaikum......
Ramai antara kita akan menghadapi segala ujian sebelum perkahwinan....adakalanya ujian seperti muncul orang ketiga, putus ditengah jalan dan ada juga gagal ujian HIV.....semakin dekat majlis, semakin kuat ujian Allah beri...memang betul....tidak dinafikan kerana saya juga mengalami pengalaman yang sama....yaAllah, sungguh besar ujianMu kali ini...tapi apakan daya kita hanya hambaNya yang sentiasa diuji....betapa kerdilnya kite dimataNya
Paling utama, jangan mudah mengalah dengan takdir Allah...segala kesusahan, kesukaran, kepahitan pasti membawa kemudahan, kesenangan dan kemanisan dipenghujungnya....ingatlah Allah Maha Adil...tak kan pernah lengkap sebagai hamba Allah sekiranya tak pernah diuji...diuji tanda Allah sayang pada kita, mengingatkan kita bahawa Allah boleh merubah apa sahaja mengikut hendakNya...muhasabah diri bahawa setiap ujian adalah pembakar segala dosa....
Saya bersyukur dikurniakan pasangan yang sangat memahami, bertolak ansur, dan seorang yang penyabar apa pon yang berlaku...saya berharap Allah permudahkanlah segala urusan...aminnn
Really need u my future husband.
Tuesday, 26 January 2016
Kebaikan Surah Innsyirah
Terjemahan Surah Al-Insyirah.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
1) Bukankah kami telah melapangkan bagimu, Dadamu (wahai Muhammad dengan mengisi petunjuk dan hidayah)
2) dan Kami telah meringankan daripadamu : Bebanmu (menyiarkan Islam)
3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan pelbagai kemudahan dalam melaksanakannya)
4) dan Kami telah meninggikan bagimu : sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)
5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)
8) dan kepada Tuhanmu saja tempat engkau memohon. (apa yang engkau gemar dan ingini)
Banyak kelebihan surah Al-Insyirah nih antaranya ialah :
1) Mempermudahkan urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali selepas solat fardhu.
2) Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat hajat atau Tahajjud di tengah malam dan baca surah ini 103 kali atau mengikut kemampuan. InsyaAllah hajatnya akan tercapai.
3) Sesiapa yang membaca surah ini, nescaya dadanya yang sempit dilapangkan oleh Allah
dan banyak lagi..
Surah ini juga bagus diamalkan oleh sesiapa yang mempunyai masalah jantung dan jugak paru-paru.