Before you start to judge me, step into my shoes and walk the life im living and if you get as far as i am, you will see how strong really i am. Dont judge me until you know me, dont underestimate me until you have challenged me, and dont talk about me until you have talked to me.
Saturday, 18 April 2015
Percayalah - Indah AF
Wednesday, 15 April 2015
She's Gone - Alen castello
Tuesday, 14 April 2015
Takut kehilanganmu - Denis Chairis
Tuesday, 7 April 2015
Monday, 6 April 2015
Rindu Cintaku Padamu - Nirwana Band
Saturday, 4 April 2015
Aku Wanita tak Sempurna
Assalamualaikum....
Malam nie, aku tak dapat melelapkan mata lagi. Seperti biasa, aku akan mula berfikir tentang kehidupanku. Nasibku, dugaan yang aku tempuhi, kerjaya aku, keadaan diriku, kekuatan yang aku rasa sekarang adalah penipuan semata-mata. Aku mengaku, aku tak sekuat orang lain. Ya...juju bukan wanita yang kuat. Tapi, dengan adanya dia disamping aku, aku rasa disayangi, dihargai. Seolah-olah aku dihidupkan kembali. Diberi peluang kedua menjalani kehidupan seperti biasa.
Tetapi, memori yang lalu antara aku dan dia, menjadikan aku tak percaya pada diri sendiri. Aku dibelenggung perasaan ini. Ya, perasaan yang sukar digambarkan. Sukar dijelaskan. Aku merasakan, akulah manusia yang paling tak sempurna, paling kerdil, paling hodoh, paling hina. Ya Allah, mengapakah perasaan ini semakin menikam hati, semakin menyiksakan jiwa, semakin mendesak dada? Adakah aku tidak layak untuk bahagia? Aku tak dapat menjawab soalan itu. Aku rimas. Soalan yang diaju adalah sama. Tetapi jawapan yang dicari tetap tiada.
Aku juga sering memasang angan untuk membina istana yang sangat cantik, dihiasi pokok-pokok bunga yang berwarna-warni. Kupu-kupu dan rama-rama yang berterbangan. Kucing-kucing comel yang bermain dan mempunyai karenah tersendiri. Dia sebagai raja dan aku sebagai permaisuri. Biarpun istana kami hanyalah pondok kecil, aku tahu bahagiaku ada disitu. Dia mampu. Aku yakin. Cukuplah akad dan janji setia antara aku dan dia. Andai yang terjadi tak sama dengan ketentuan hati, tak sama seperti anganku, aku redha ketetapan Ilahi. Aku redha. Biarlah masa menentukan segalanya. Aku cuma mampu doakannya bahagia, walaupun jika pilihannya bukan aku.
*kepada seseorang yang istimewa buatku itu, terima kasih kerana bersama-sama ketika aku senang dan susah, memimpin tanganku mengharungi jalan yang berliku. Tidak pernah mengeluh melayan emosiku. Tidak pernah berputus asa untuk membahagiakanku. Inn shaa Allah, Allah sudah pun mengatur jodoh yang terbaik buatku. :)
Friday, 3 April 2015
Jangan Pernah Berubah - ST 12
Temuduga Pembantu Akauntan W17
Pada 3hb March 2015, saya dipanggil untuk temuduga sebagai jawatan Pembantu Akauntan W17...pangkat SPM aje...huhu sehari sebelum interview tue, tumpang tido kat umah pakcik, Simpang Renggam...sebabnya esoknya pukul 8pg dah kena daftar...highway Bukit Gambir - Simpang Renggam, memang berliku2...tak serupa pon dengan highway KL - Bukit Gambir...bahaya jugak kalo sorang2 perempuan nie sebab kebanyakan jalannya tak ada lampu...pada esoknya, gerak sejam awal, lebih kurang pukul 6suku pagi..dr Simpang ke Majlis Daerah Pontian, jauh jugak tue..alhamdulillah, tuju jugak tempat tue...waze dah ok, hp bau kedai katakan..thanks my fiancee, hehehe jam tepat 7.45am, saya pon tuju la ke dewan pendaftaran, pada hari tersebut ada tiga jawatan kosong yang bakal ditemuduga; Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kerani dan Operasi) dan last one Pembantu Kewangan...ramainya bakal yang ditemuduga...tiga jawatan tapi yang dipanggil satu dewan...nampak tak kat situ sekarang ramai masyarakat Malaysia yang kekurangan kerja, termasuk saya...huhu masa tue, disebabkan datang awal, saya mendapat giliran yang ke5...setelah dipanggil masuk ke bilik penemuduga, berikut adalah dialog kami: